Nur Fazura Tidak Kisah Dibandingkan Dengan Neelofa

by Oh! Semput


68
SHARES
886
VIEWS
Posted on 17 May 2017 13:01:10

Gandingan Neelofa dan Fattah Amin menerusi drama Suri Hati Mr Pilot mencetuskan fenomena luar biasa sehingga meraih populariti serta peminat yang ramai. Ramai peminat yang menginginkan agar mereka berdua kembali berlakon bersama di dalam drama terbaru, Hero Seorang Cinderella, namun Neelofa dan Fattah tidak mahu bekerjasama lagi. Oleh itu, pelakon Nur Fazura pula di pilih sebagai heroin HSC.

Sedar dengan kemungkinan beliau akan dibandingkan dengan Neelofa, Fazura bagaimanapun mengakui beliau tidak kisah. Buat Fazura, ia perkara biasa yang terjadi kepada semua pelakon.

Bagi saya perkara itu adalah biasa kerana kami sendiri mempunyai peminat masing-masing yang menyokong kerjaya seni kami. Saya juga telah bersedia jika dibandingkan dengan Neelofa kerana ia bergantung kepada selera masing-masing.

Apa yang penting saya sudah melakukan yang terbaik dan bersyukur kerana diberi peluang untuk berlakon di bawah arahan pengarah Michael Ang.

Fazura dan Neelofa, kedua-duanya mempunyai cara tersendiri ketika berlakon. Siapa tahu Fazura juga mampu mencetuskan fenomena juga? Sama-sama kita saksikan gandingan Fazura dan Fattah apabila HSC ditayangkan nanti.

Berita : Astro Gempak

: Beautifulnara

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts