Filem Redha Ungguli Filem Terbaik ASK2016

by Oh! Semput


7
SHARES
88
VIEWS
Posted on 20 Nov 2016 04:00:16

Selepas dipilih untuk mewakili pencalonan Filem Asing Terbaik di Oscars 2017 yang akan berlangsung Februari nanti, kini filem Redha berjaya mengungguli trofi Filem Terbaik di Anugerah Skrin 2016.

redha3

Filem yang mengisahkan tentang hubungan seorang bapa dan anaknya yang menghidap penyakit autisme, bertarung dengan kehidupan serta kondisi anaknya ini walaupun sebelum ini hanya berjaya mengaut keuntungan sebanyak RM500,000, namun ternyata yang filem ini bukan calang-calang sebenarnya.

Pabila dinobatkan sebagai Filem Terbaik di ASK2016, pengarah filem ini Tunku Mona Riza yang dikatakan baru sahaja dalam industri perfileman ini ternyata terkejut dengan anugerah yang diberikan ke atas filem Redha.

“Redha adalah filem pertama saya, jadi ia akan menjadi sebuah filem yang sentiasa mempunyai hubungan antara kita. Saya cukup terkejut kerana saya tahu yang mana subjek filem saya ini agak berbeza dengan kebanyakkan filem lain,” kata pengarah filem ini di sidang media ASK 2016.

Aktor utama filem ini, Namron turut berjaya membawa pulang trofi Aktor Filem Terbaik. Namron sendiri tidak menyangka akan kemenangannya itu kerana baginya Shaheizy Sam yang juga bersaing dalam kategori sama cukup kuat dengan lakonan utamanya menerusi filem Polis Evo.

Malam gemilang Anugerah Skrin 2016 berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Ia telah dihoskan oleh Alif Satar, Ammar, Mira Filzaj, Ajak Shiro, Issey, Haiza Kool FM, Azrel Ismail, Puteri Aishah dan Sarimah Ibrahim.

EH! kongsikan senarai penuh pemenang Anugerah Skrin 2016 di bawah.

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama

Fazlina Ahmad Daud – Cermin Kasih

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama

Jalil Hamid – Calon Syurga

Dokumentari & Majalah Terbaik

Nurul Farha Onn – Majalah 3 : Wira Beret Semerah Hati

Rancangan Hiburan Terbaik

Nurhidayah Sohan – Buskestra

Videografi Terbaik Drama

Idham Mad Din – Fatin

Bual Bicara Terbaik

Halaqah 2016 – Episod Terlepasnya Ikatan Dajjal

Laporan Khas Berita Terbaik

Berita TV9 – Pertemuan Semula Highland Tower

Rancangan Realiti Terbaik

’s Cycle 2 – See Chee How

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem

Fauziah Ahmad Daud – Langit Cinta

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem

Hushairi Husain – Polis Evo

Lakon Layar Terbaik

Wan Hasliza – Love Supermoon

Lakon TV Skrip Terbaik

Siti Jasmina Ibrahim – Rekah

Drama Rantaian Popular Media Sosial

JS Pictures Sdn Bhd – Kau Aku Kita

Penyunting Terbaik Drama

Izhar Masuri – Rekah

Pelakon Wanita Terbaik Filem

Maya Karin – Nota

Pelakon Lelaki Terbaik Filem

Namron – Redha

Rancangan Anugerah Terbaik

Anugerah Juara Lagu 30

Pelakon Wanita Terbaik Drama

Tiz Zaqyah – Cermin Kasih

Pelakon Lelaki Terbaik Drama

Beto Kusyairy – Ramadhan Berteduh Syawal

Drama Rantaian Terbaik

Wadi – Luqsar Kreatif Sdn Bhd

Drama Komedi Terbaik

Mak Cun 2 – Rumah Karya Citra

Pelakon Komedi Terbaik

Eirma Fatima – Mak Cun 2

Pengarah Terbaik Filem

Syamsul Yusof – Munafik

Pengarah Terbaik Drama

Razaisyam Rashid – Fatin

Filem Terbaik

Redha – Current Pictures Sdn Bhd

Drama Terbaik

Balang Rimbun Sdn Bhd – Fatin

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts