FOMCA: Pengguna Kini Perlu Bijak, Elak Jadi Mangsa "Orang Tengah" !

by Oh! Semput


11
SHARES
142
VIEWS
Posted on 30 May 2017 18:00:43


SUBANG JAYA: Kenaikan harga bekalan makanan secara mendadak sempena Ramadan ketika ini dipercayai berpunca daripada pemborong.
Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, pemborong merupakan ‘orang tengah’ di antara pembekal utama sekaligus mengakibatkan kenaikan itu berlaku.
Katanya, pengguna perlu bijak mendapatkan barangan keperluan secara langsung dan mengelak daripada membeli dari orang tengah.
“Harga barangan makanan seperti ikan dan sayur ini dipengaruhi oleh orang tengah. Pengguna boleh mendapatkan bekalan di pasar tani yang menawarkan harga lebih murah.
“Ada pasar-pasar tani mengurangkan peranan orang tengah. Oleh itu, kalau kita harapkan pasar raya dan pasar biasa kita terpaksa bergantung kepada harga ditetapkan pemborong,” katanya ketika mengulas isu kenaikan harga bekalan makanan ketika musim Ramadan ini.
Mohd Yusof menasihatkan pengguna supaya lebih peka dengan harga normal dan perubahan berlaku pada bulan ini seterusnya membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK).
“Kita mengamalkan sistem pasaran bebas, justeru kita tidak boleh halang pemborong meletakkan harga kecuali ada unsur-unsur mengaut keuntungan yang berlebihan itu boleh dibuat aduan kepada pihak berkuasa,” katanya.
Mohd Yusof tidak menolak perubahan trend pengguna kini lebih memilih untuk menyediakan juadah di rumah pada bulan Ramadan kali ini berbanding membeli makanan di bazar. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts