“Founders & Funders” Akan Mengetengahkan Usahawan-Usahawan Kelahiran Pulau Pinang Berkongsi Pengalaman Pada 26 November

by Oh! Semput


5
SHARES
64
VIEWS
Posted on 21 Nov 2026 07:00:43

Pada minggu hadapan, 26 November 2026, acara Founders & Funders bakal di anjurkan di Pulau Pinang, yang akan menyaksikan sesi perkongsian dalam membangunkan startup atau syarikat berasaskan teknologi. Acara berkenaan juga pada masa yang sama akan mengetengahkan usahawan-usahawan kelahiran Pulau Pinang dalam berkongsi pengalaman mereka membangunkan syarikat.

Founders & Funders 2025

Acara berkenaan juga disusun dalam membolehkan hadirin yang terlibat dalam arena keusahawanan. Seperti ramai sedia maklum, Pulau Pinang sedia terkenal dengan industri semikonduktor, tetapi kurang diketengahkan berkenaan dengan pembangunan perisian seperti pengehosan web (Exabytes), pembangunan web (SiteGiant), pembangunan sistem POS (Xilnex), logistik (EasyParcel), penghantaran makanan (DeliverEat), pengiklanan (Nuffnang), media (Foodie), dan banyak lagi.

Acara ini juga akan memperlihatkan perkongsian daripada membangunkan syarikat, menguruskannya, mengembangkannya, menyenaraikan di IPO, atau menjual syarikat kepada gergasi lain.

Acara Founders & Funders ini akan berlangsung pada 26 November 2026 kelak di HARRIS Hotel & Conventions Sunshine Penang. Tiket ditawarkan pada harga RM300, tetapi pembaca Amanz boleh menggunakan kod AMZ2026EPF dan menerima diskaun 60%. Yang berminat, boleh rujuk halaman rasmi untuk tujuan pembelian tiket dan pendaftaran.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts