by Oh! Semput
Bersempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan, hubungan kekeluargaan antara usahawan sensasi Kak KM dan kakaknya, Kak Nona akhirnya kembali pulih.
Menerusi perkongsian video di Instagram Kak KM, dia telah berkongsi momen menggembirakan itu apabila adik mereka, Uji merakam video sewaktu kehadiran Nona ke rumah keluarga selepas sekian lama.
“Mak Ngah sudah kembali. Alhamdulillah. Terima kasih Allah,” tulisnya.
Menerusi video tersebut juga, Nona yang anggun berbaju hijau dilihat memeluk erat adik-beradiknya sebaik sahaja tiba.
Lebih menyentuh hati, dia turut berkunjung ke kediaman Kak KM untuk bertemu secara bersemuka, sekali gus merapatkan kembali jurang yang sebelum ini dikatakan renggang.
Momen penuh emosi itu turut membuatkan ibu mereka, pelakon veteran Normah Damanhuri, kelihatan sebak menyaksikan pertemuan semula anak-anaknya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang akui sebak melihat hubungan adik-beradik yang kembali bertaut selepas mengalami masalah sejak kebelakangan ini.
Masing-masing berharap agar keluarga usahawan berkenaan terus terjaga memandangkan sebelum ini hubungan mereka cukup erat.



Artikel lain: Kak KM nafi buka pekung Kak Nona, akui tidak berhubung sejak Raya Haji tahun lalu
Sebelum ini, Kak KM dilaporkan terbuka untuk berdamai memandangkan Nona dikatakan sedang melalui fasa sukar dalam rumah tangga.
Nona juga bersedia untuk bersemuka, namun menetapkan syarat agar adik-beradik hadir ke rumahnya terlebih dahulu bagi memohon maaf.
Terdahulu, hubungan dua beradik itu menjadi perhatian ramai apabila timbul dakwaan berlaku perselisihan faham yang dipercayai berkaitan urusan perniagaan, sekali gus menyebabkan mereka tidak lagi dilihat bersama seperti dahulu.