Gagal Ke Anugerah Juara Lagu, Sedikit Pun Tidak Terkilan

by Oh! Semput


2
SHARES
32
VIEWS
Posted on 20 Nov 2016 04:45:45

Biarpun gagal mara ke Anugerah Juara Lagu ke-31 (AJL31), pelakon dan penyanyi, Harris Baba atau Khawaja Mohammad Harris Baba, 25, tidak terkilan.



Sebaliknya dia bangga kerana percubaan pertama melalui lagu Katakan akhirnya membuahkan sedikit hasil. Dia tidak sangka dapat berada sampai tahap itu dan bersyukur dengan peluang diberi.

“Kalau dilihat dari segi persaingan, pertandingan itu sangat sukar. Saya masih baru dan hanya cuba buat yang terbaik.

“Jujur saya tidak pernah ambil tahu pasal Muzik Muzik atau Anugerah Juara Lagu sebelum ini dan pengalaman baru lalu adalah kali pertama,” katanya.

Pun begitu, dia dapat melihat keunikan persembahan setiap penyanyi yang boleh dijadikan contoh. Antara penyanyi yang dilihat dan dihormati ialah Hazama, Akim Ahmad dan Dayang Nurfaizah.

Harris juga akui rasa gementar dalam setiap persembahan baik pada separuh akhir Muzik Muzik lalu mahupun ketika acara lain. Haris juga ada ulasan sendiri.

Katanya, tipulah kalau tidak takut apabila berada di depan ramai orang di pentas. Paling dia risau apabila menyanyi secara langsung ialah penonton ramai, suhu sejuk, teknikal kamera dan ia perlukan kekuatan mental.

“Selepas melihat persembahan sendiri sebelum ini, saya nampak ada perubahan pada diri. Saya dapat rasa mula terbuka untuk berinteraksi dengan penonton berbanding sebelum ini. Saya banyak belajar dari situ,” katanya.

Harris juga bersyukur kerana mendapat tunjuk ajar serta nasihat berguna daripada ‘sifu’nya, Faizal Tahir.

Katanya, Faizal sering memintanya untuk buang rasa takut dengan selalu melakukan latihan di studio dan fokus pada persembahan.

Walaupun ada cakap-cakap belakang mendakwa bakat Haris dalam bidang nyanyian tidak sehebat mana, jejaka kelahiran Singapura itu ada pendirian tersendiri.

“Saya percaya boleh buat banyak benda dalam bidang seni selain berlakon. Pada masa ini, fokus saya pada nyanyian sebab ada banyak benda perlu dibuat dan terpaksa berehat sekejap dalam lakonan.

“Tengoklah keadaan macam mana. Jika tiada aral, hujung Disember saya mula masuk studio untuk projek single terbaru yang akan dilancarkan tahun depan,” katanya.

Dari segi lakonan, selebriti berdarah kacukan Pakistan, Iran dan Cina itu akui masih dalam proses menguasai bahasa Malaysia sepenuhnya.

Katanya, lakonan boleh hadir secara semula jadi dalam diri seseorang tapi sebagai orang baru, pasti banyak perkara yang perlu dipelajari.

Dia yang mula berlakon telefilem pertama, Cinta Viral berganding bersama Elfira Loy akui penggunaan bahasa kebangsaan sukar buatnya.

“Memang saya tidak boleh spontan. Dulu lagi sukar, jadi semua dialog perlu dihafal satu per satu. Jika ada pelakon yang spontan dan tambah dialog sendiri, saya akan hadapi masalah.

“Saya berterima kasih kepada produksi, pengarah dan pelakon lain yang bersabar dengan saya sejak kali pertama melangkah kaki ke dalam industri lakonan di Malaysia,” katanya merendah diri.

Bergelar suami kepada Nik Naziha Zawawi, 21, Harris percaya ia bukan sebab untuk memperlahankan kerjaya seni.

Telahnya, segala rezeki yang diperoleh seperti tawaran berlakon dan dicalonkan di Anugerah Planet Muzik (APM) dan Muzik Muzik muncul selepas berkahwin.

Dia juga baru selesai penggambaran drama bersiri Isteri Tuan Ihsan berganding dengan Amyra Rosli, Aaron Aziz dan Gambit Saifullah.

Selepas itu, dia terus masuk set penggambaran telefilem Cinta Tanpa Syarat bersama Elfira Loy.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts