The Star gantung tugas dua pengarang kanan

by Oh! Semput


7
SHARES
86
VIEWS
Posted on 30 May 2017 14:01:20

KUALA LUMPUR, 30 Mei — Dua pengarang kanan The Star digantung tugas selepas laporan akhbar itu minggu lalu mencetuskan kontroversi.

Akhbar bahasa Inggeris itu menjelaskan ketua pengarangnya Datuk Leanne Goh Lee Yen dan pengarang eksekutif Dorairaj Nadason tidak akan menjalankan tugas berkuatkuasa serta merta.

Pengarah urusan dan ketua pegawai eksekutif Kumpulan Media Star Datuk Seri Wong Chun Wai akan memantau operasi akhbar itu sepanjang tempoh tersebut.

The Star pada Ahad membuat permohonan maaf selepas muka depan akhbar itu bertajuk “Malaysian terrorist leader” menampilkan gambar umat Islam bersolat tarawih.

Akhbar itu mendakwa menjadi amalan mereka menerbitkan gambar umat Islam menunaikan solat tarawih di muka depan pada hari pertama Ramadan kerana menghormati bulan mulia tersebut.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts