by Oh! Semput
Garmin melancarkan CIRQA, penjejak kesihatan tanpa skrin pertama mereka dengan ia dilihat sebagai pesaing kepada Whoop Band dan Google Fitbit Air. Ia direka untuk dipakai sepanjang hari di pergelangan tangan atau lengan dengan hayat bateri adalah sehingga 10 hari.

Ia boleh mengesan kadar denyutan jantung, stres, suhu kulit, kuasa tubuh, penjejakan kitaran haid & kehamilan melalui suhu kulit semasa tidur, penjejakan tidur, respirasi dan suhu kulit. Terdapat ciri mengesan lebih 80 aktiviti secara automatik. Satu kekurangan CIRQA berbanding jam tangan pintar ialah ia tidak dilengkapi GPS terbina.

Ia dijual pada harga $200 dalam dua pilihan saiz S-M dan L-XL serta pilihan warna Citron Gray, Mauve, French Gray, Dark Olive, Captain Blue, French Blue dan Black.