“Nak Lagi Gatal!” – Arena Wan Dedah Babak Peluk Aliff Aziz Atas Permintaan M. Nasir

by Oh! Semput


6
SHARES
73
VIEWS
Posted on 13 Sep 2026 03:00:59

Pelakon Arena Wan menegaskan babak memeluk penyanyi Aliff Aziz dalam pementasan teater muzikal Mansur & Liu dilakukan atas permintaan pengarah, Datuk M. Nasir.

Arena atau nama penuhnya Arena Wan Mun-Yi binti Iman Wan Tuck Meng, 26, berkata, babak tersebut diperlukan bagi menghidupkan karakter Tun Sri Anem yang mahu mendapatkan cinta daripada watak Sultan Mansur Shah, lakonan Aliff.

Advertisement

Menurutnya, M. Nasir turut meminta dirinya membawa karakter tersebut dengan lebih berani ketika sesi latihan.

“Itu permintaan Datuk. Semasa latihan, dia mahu saya nampak lebih gatal untuk watak itu. ‘Nak lagi gatal! Awak kena jadi macam ular’, begitulah yang dia cakap.”

Arena mengakui dirinya agak gementar untuk membawakan karakter berkenaan kerana bimbang menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

“Saya tidak tipu, memang gementar nak bawa karakter begitu sebab netizen boleh kata macam-macam, saya pun takut.”

Bagaimanapun, dia menegaskan semua yang terlibat dalam pementasan tersebut kekal profesional dan Aliff banyak membantunya sepanjang proses latihan, khususnya dalam bahagian nyanyian.

“Tapi apa yang saya boleh katakan, kami semua sangat profesional. Aliff adalah pasangan dalam lakonan yang hebat.”

Anggap Aliff Seperti Abang

Dalam pada itu, Arena menjelaskan hubungannya dengan Aliff sepanjang menjalani latihan teater tersebut hanyalah seperti adik-beradik.

Katanya, mereka saling memanggil antara satu sama lain sebagai ‘bro’ dan ‘sis’ ketika berada di lokasi latihan.

Lebih menarik, bapanya yang juga komposer, Iman Wan, pernah menghasilkan lagu untuk Aliff ketika penyanyi itu berusia 16 tahun.

Arena berkata, bapanya turut menyarankan supaya dia mengambil peluang untuk belajar daripada Aliff yang disifatkan sebagai penyanyi hebat di pentas.

“Ketika saya beritahu ayah akan bekerja dengan Aliff, dia melabel Aliff sebagai penyanyi hebat dan minta belajar banyak daripadanya termasuk cara buat persembahan pentas.”

Pertama Kali Berlakon Teater

Berkongsi mengenai Mansur & Liu, Arena berharap penampilan pertamanya dalam dunia teater dapat diterima baik penonton.

Dia mengakui bukan mudah untuk membuat persembahan teater buat kali pertama, lebih-lebih lagi apabila turut perlu menyanyi.

Arena turut melahirkan penghargaan kepada M. Nasir dan Datin Marlia kerana memberinya kepercayaan untuk menjayakan watak tersebut.

Teater muzikal Mansur & Liu dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya sehingga 20 September ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

LG
2026-09-12 13:57:26

Penyanyi Terkenal Tiba-Tiba Hilang Beberapa Bulan, Dirakam Kendong Bayi Baru Lahir Bersama Tunang

“Nak Lagi Gatal!” – Arena Wan Dedah Babak Peluk Aliff Aziz Atas Permintaan M. Nasir first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts