Satu rakaman video gelagat comel seorang bayi yang bernama Dani Anaqi Mohd Lutfi jadi tular serta menarik perhatian netizen kerana bayi berkenaan sangat comel dan pandai bergaya ketika berada di hadapan kamera.
Menurut ibu bayi berkenaan, Noor Izzati Noor Keifli, 27, rakaman video yang berdurasi satu minit itu dirakam olehnya pada 28 Mei lalu ketika Dani sedang tertidur di dalam kereta tetapi Dani sempat melemparkan senyuman setelah menyedari ibunya sedang merakamkan gelagatnya itu.
Menurutnya, rakaman itu semasa dia dan suaminya, Mohd Lutfi Abdul Rashid, 30, dalam perjalanan untuk pergi ke kedai milik suaminya yang berada di Setia Alam, Selangor dan ketika itu Dani diletakkan ke tempat duduk bayi sebelum dia dapati termenung serta mengantuk dan tertidur.
Situasi ketika Dani mengantuk amat melucukan apabila dia kelihatan tersengguk-sengguk dan Noor Izzati terus mengambil kamera dengan tujuan untuk merakamkan gelagat Dani. Sebaik sahaja Dani mendengar suara ibunya dan ayahnya, Dani terus memberikan senyuman yang menandakan dia sedar gelagatnya sedang dirakamkan.
Menurut Noor Izzati, anaknya yang comel itu sememangnya amat suka bergambar dan akan teruja setiap kali melihat wajahnya berada di paparan telefon pintar milik ibunya. Semenjak Dani dilahirkan, saya sering mengambil gambarnya dan dia tahu apabila orang ingin mengambil gambar dan akan cepat-cepat tersenyum.
Noor Izzati turut memberitahu bahawa dia langsung tidak menyangkan rakaman video anaknya itu jadi tular memandangkan beliau telah menetapkan Facebook peribadinya itu pada mod 'prtivate', katanya.
Dia juga merasa terkejut rakaman berkenaan jadi tular di media sosial serta seronok apabila membaca komen netizen apabila mendoakan yang terbaik untuk anaknya itu, Dani Anaqi Mohd Lutfi, jelasnya lagi kepada Harian Metro.
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melancarkan operasi bersepadu terhadap sebuah premis di Pusat Perdagangan Lagoon Perdana yang disyaki mempunyai kaitan dengan penyebaran ajaran Syiah, hasil maklumat yang diterima daripada orang awam.Pengarah JAIS, Dat
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Hasan menegaskan semua buku dan penulisan berkaitan agama wajar melalui semakan pihak berautoriti bagi memastikan ketepatan fakta, sekali gus memelihara kesucian Islam.Menerusi satu h
Menteri Pertahanan, Dato Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, program seperti ini yang mula diperkenalkan sejak tahun lalu bertujuan memastikan anggota ATM terlibat dalam aktiviti berfaedah di samping menjaga keseimbangan kesihatan mental dan fizikal.Pr
Kerajaan menambah baik pelaksanaan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) dengan memperkenalkan mekanisme baharu yang membolehkan pemilik kenderaan memindahkan kelayakan subsidi diesel kepada ahli keluarga yang menggunakan kenderaan tersebut.Pelaksanaan turut
Amerika Syarikat (AS) melancarkan satu lagi siri serangan ke atas beberapa sasaran ketenteraan di Iran pada 27 Jun selepas mendakwa Tehran gagal mematuhi perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui susulan ketegangan di Selat Hormuz.Pasukan Koman
Seorang wanita mengalami kecederaan parah, manakala tujuh individu lain cedera ringan dalam kemalangan membabitkan sebuah lori tujuh tan, sebuah Perodua Myvi dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Noah di Kilometer 94, Lebuhraya Utara-Selatan (PL
Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan tiada kompromi terhadap sebarang perbuatan buli di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) susulan satu kes yang didakwa berlaku di sebuah MRSM di Johor.Menerusi kenyataan di media sosial, pihaknya hanya me
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan perkhidmatan percuma selama sebulan bagi Laluan LRT3 Shah Alam bermula esok sempena pembukaan rasmi laluan baharu yang menghubungkan Bandar Utama ke Johan Setia.Pengumuman itu dibuat ketika merasmikan
Seorang lelaki warga asing maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik dalam kebakaran yang memusnahkan hampir keseluruhan sebuah kilang kitar semula di Batu 2, Kampung Durian, petang Sabtu.Mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Alpian Abdu