Gelang Pintar Luffu Link Direka Untuk Manusia dan Haiwan Peliharaan

by Oh! Semput


2
SHARES
32
VIEWS
Posted on 26 Aug 2026 03:30:57

Lazimnya penjejak kesihatan digunakan oleh manusia. Bermula sebagai alat pemantauan kesihatan santai ini kini hadir dengan ciri penjejakan lokasi dan kecemasan yang dipakai oleh anak-anak atau warga emas. Luffu Link diumumkan semalam sebagai gelang pintar yang direka untuk memantau kesihatan semua ahli keluarga termasuk haiwan peliharaan.

Luffu Link dihasilkan oleh pengasas Fitbit James Park dan Eric Friedman. Idea terhasil selepas menghadapi kesukaran memantau kesihatan ibu bapa berusia yang duduk berjauhan. Dengan Luffu Link ketua keluarga boleh memantau kesihatan semua ahli keluarga menerusi satu aplikasi bersepadu.

Ia boleh mengesan kadar nadi, pola tidur, kadar pernafasan, mod dan sama ada ubat telah dimakan. Data yang dikumpul turut boleh memberikan notifikasi sekiranya menunjukkan simptom yang merisaukan oleh pemakai.

Dengan sokongan LTE, panggilan atau mesej kecemasan boleh dihantar dengan menekan butang pada Luffu Link. Luffu akan kemudian menghantar maklumat lokasi, tahap bateri dan kadar nadi kepada ahli keluarga untuk memberikan bantuan. Bateri boleh bertahan sehingga 5 hari dan ia turut kalis air sehingga kedalaman 50 metr.

Luffu Link bukan sahaja direka untuk ketua keluarga tetapi juga untuk mereka yang menawarkan perkhidmatan pemantaun kesihatan seperti di rumah orang-orang tua. Luffu Link akan mula dijual 2027 tetapi boleh dipratempah pada harga $250 (~RM 1006) seutas dalam warna hitam, emas dan perak.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts