by Oh! Semput
Genting Property Sdn Bhd secara rasmi melancarkan projek gergasi Bandar Pintar Teknologi Johor atau Johor Tech Smart City sempena fasa rancangan pembangunan mampan negeri.
Pembangunan ikonik seluas 2,300 ekar yang terletak di dalam Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) ini menggabungkan sektor pertanian moden (AgTech), kecerdasan buatan (AI), dan infrastruktur mampan.
Dirasmikan oleh Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, projek mega ini dijangka mampu menjana Nilai Pembangunan Kasar (GDV) keseluruhan melebihi RM80 bilion serta mewujudkan lebih 10,000 peluang pekerjaan baharu untuk pasaran tempatan.
Pelan induk bagi pembangunan komprehensif Johor Tech Smart City ini dibahagikan kepada dua segmen utama demi memacu pertumbuhan ekonomi digital dan sekuriti makanan.

Segmen pertama ialah Kampus AgTech seluas 500 ekar yang memfokuskan kepada rantaian sekuriti makanan melalui penyelidikan benih di bawah komponen SEEDS, penanaman pintar berskala besar di bawah komponen SUPERFARMS, dan hab gaya hidup komersial ladang-ke-meja di bawah komponen SPROUT.

Segmen kedua pula ialah Kampus Pengetahuan AI seluas 1,700 ekar yang memuatkan hab inovasi digital seluas 430 ekar yang diinspirasikan oleh pelan induk rekaan kampus pintar Huawei di Shanghai dan Dongguan, di mana ia turut disepadukan dengan kediaman penginapan eksekutif, padang golf 18 lubang, serta dijana sepenuhnya oleh ladang solar khusus seluas 100 ekar untuk bekalan tenaga lestari.

Bagi merealisasikan visi bandar pintar masa hadapan ini, Genting bekerjasama rapat dengan rangkaian peneraju global seperti gergasi teknologi Huawei untuk penyediaan infrastruktur digital lanjutan.

Seterusnya, firma perancangan global B+H dan Surbana Jurong dilantik untuk sistem pengurusan pintar perbandaran, manakala pakar robotik autonomi XAG serta analisis logistik satelit jarak jauh AIRSAT digunakan bagi memastikan pengurusan ladang berlaku secara berketepatan tinggi.
{suggest}
Genting Property Lancar Bandar Pintar Teknologi Johor, Projek Mega 2,300 Ekar WISER.MY.