Google Perkenal ‘Selfie Video’ Sebagai Pilihan Baharu Untuk Log Masuk Akaun

by Oh! Semput


4
SHARES
50
VIEWS
Posted on 23 Jul 2026 14:30:20

Google memperkenalkan satu lagi pilihan log masuk ke Akaun Google bagi memudahkan pengguna mengesahkan identiti dan mengakses semula akaun apabila diperlukan.

Dinamakan Selfie Video, ciri baharu ini membolehkan pengguna mengesahkan identiti menggunakan rakaman video wajah sebagai alternatif kepada kaedah sedia ada.

Untuk menggunakannya, pengguna perlu merakam video swafoto terlebih dahulu dengan melihat ke arah kamera peranti dan mengikuti arahan pada skrin, termasuk melakukan beberapa pergerakan kepala bagi merakam wajah dari pelbagai sudut.

Video tersebut akan disimpan dalam Akaun Google sebagai rujukan untuk proses pengesahan identiti.

Sekiranya menghadapi masalah untuk log masuk pada masa akan datang, pengguna hanya perlu merakam satu lagi video swafoto. Google kemudian akan membandingkan video baharu itu dengan rakaman yang disimpan sebelum ini bagi mengesahkan bahawa individu tersebut ialah pemilik akaun.

Privasi dan keselamatan

Google menegaskan ciri ini dibangunkan dengan mengambil kira aspek privasi dan keselamatan. Video swafoto hanya digunakan untuk membantu proses log masuk, disimpan dalam bentuk encrypted, dan pengguna boleh memadamkannya pada bila-bila masa melalui tetapan Akaun Google.

Today, we’re adding a new, easy way to sign in to your Google Account. Introducing: selfie video.

It lets you access your Google Account even if you forget your password or lose your device. Here’s what to know ↓

</div>


            <p><a target=SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts