Google Ubah Cara Sandaran Android Dikira Dalam Storan Akaun

by Oh! Semput


4
SHARES
57
VIEWS
Posted on 20 Jul 2026 14:30:20

Google mula menghantar e-mel kepada pengguna Android bagi memaklumkan perubahan penting terhadap cara pengiraan storan sandaran (backup storage). Perubahan ini akan berkuat kuasa dalam tempoh 45 hari dan bakal memberi kesan kepada penggunaan storan Google Account.

Selepas dasar baharu ini berkuat kuasa, semua data yang disertakan dalam sandaran Android akan dikira dalam storan Google Account. Ini termasuk mesej SMS, sejarah panggilan, tetapan peranti, tetapan aplikasi dan data sandaran lain.

Susulan perubahan tersebut, jumlah storan yang digunakan oleh Google Account mungkin meningkat bergantung pada saiz sandaran setiap peranti. Sebagai contoh, Google menganggarkan penggunaan storan sandaran peranti Android saya akan meningkat sebanyak 0.21GB.

Selain itu, Google turut memperkenalkan kawalan sandaran yang lebih terperinci untuk peranti Android 9 dan ke atas. Pengguna kini boleh memilih secara individu aplikasi serta jenis data yang ingin disandarkan, sekali gus membantu mengurangkan penggunaan storan dengan mengecualikan data yang tidak diperlukan.

Sekiranya had storan akaun telah dicapai, sandaran Android secara automatik akan dihentikan sehingga pengguna mengosongkan ruang storan atau menaik taraf pelan storan.

Pengguna juga boleh menyemak penggunaan storan sandaran melalui pengurus storan Google One, selain mempunyai pilihan untuk mengosongkan ruang, membeli storan tambahan atau mematikan ciri sandaran Android jika tidak mahu menggunakannya.

{suggest}

Google Ubah Cara Sandaran Android Dikira Dalam Storan Akaun WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts