Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI

by Oh! Semput


2
SHARES
29
VIEWS
Posted on 04 Nov 2026 07:30:10

Google mengumumkan peluasan inisiatif Responsible AI for Learning dengan memperkenalkan ciri baharu dikenali sebagai Guided Learning.

Ia direka untuk membantu pelajar memahami konsep pembelajaran dengan lebih mendalam berbanding sekadar menerima jawapan segera.

Ciri ini kini disepadukan ke dalam Google Classroom dan boleh digunakan oleh guru untuk membimbing aktiviti pembelajaran secara lebih interaktif.

Melalui Guided Learning, AI akan mengemukakan soalan susulan, memberi petunjuk langkah demi langkah serta menggalakkan pelajar menyelesaikan masalah menggunakan pemikiran kritikal.

Pendekatan ini bertujuan mewujudkan proses pembelajaran yang lebih bermakna dan mengurangkan kebergantungan kepada jawapan automatik.

Walau bagaimanapun, pada masa yang sama, Google turut mengumumkan bahawa sekolah yang memilih untuk menolak penggunaan AI mungkin turut kehilangan akses kepada perkhidmatan Google Search bagi akaun yang diuruskan sekolah.

Menurut Google, AI kini menjadi sebahagian penting dalam pengalaman carian moden melalui ciri seperti AI Overviews dan AI Mode, menjadikan kedua-duanya sukar dipisahkan.

Syarikat itu berpendapat teknologi ini mampu membantu pelajar mencari maklumat dengan lebih berkesan serta menyokong proses pembelajaran.

Bagaimanapun, langkah tersebut menerima kritikan daripada pelbagai pihak yang berpendapat sekolah seharusnya diberi kebebasan memilih sama ada mahu menggunakan AI atau tidak tanpa menjejaskan akses kepada carian internet.

Mereka turut membangkitkan kebimbangan mengenai ketepatan maklumat AI, risiko peniruan akademik dan kesan terhadap kemahiran berfikir kritis pelajar

Jadi, bagi menangani kebimbangan itu, Google sedang menguji ciri Guided Learning dalam Google Search bagi kegunaan tertentu.

Pada masa sama, Google mengutamakan aspek keselamatan dan privasi dengan menetapkan akses kepada beberapa ciri AI untuk pelajar akan dinyahaktifkan secara lalai dan hanya boleh diaktifkan oleh pentadbir sekolah.

{suggest}

Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts