'Hadiah Buat Doktor'

by Oh! Semput


HOME Posted on 25 Oct 2016 04:02:06




Assalamualaikum. Lama tak menulis di sini. Masa tulis dulu pun zaman belajar. Sekarang kita dah kahwin dan dah ada anak kembar. Hihi.
Baiklah, nak cerita tentang seorang doktor sebenarnya. Masa ni dulu zaman kita belajar kat UiA. Doktor ni on duty di emergency di sebuah hospital kerajaan disini.
Ceritanya bila kita deman, pergi lah ke emergency ni sebab dah lewat malam klinik pun tak buka. Housemates berkeras ajak pergi situ utk ambil ubat walaupun ada je panadol dekat rumah.
Sampai je kat situ memang ramai la kene menunggu walaupun jam dah pukul 11 lebih. Masa ni memang dah bebel dekat kawan, “Aku nak balik weyh.. Aku dok sini lama2 lagi sakit pale otak.”
Kawan2 kita ni Mashaa Allah punyalah baik nak juga kita tunggu doktor panggil. So kita pun tunggu lah. Tunggu punya tunggu punya tunggu, nak dekat pukul 1 pagi baru nama di panggil masuk ke bilik doktor.
Kita masuk tu masa tu badan dah lemau dah sebab pagi tu asyik muntah2. Kira kita ni demam siap packages cirit birit dan muntah2.
Yg sakit hatinya bila masuk je, doktor ni lelaki, muda lagi orangnya, elok tgh main game. Main game tau! Geram ke tak geram hakak masa tu.
Kita dah duduk di kerusi dekat sisi meja dia, dia boleh cakap, “Cik demam je kan? Sekejap ye. Saya tgh berperang ni.”
Kepala hotak kau! Aku ni ha yg tgh berperang asyik nak tercirit je ni dia boleh suruh aku sabar.
Kita mula2 sabar la juga sambil2 tu mata melilau jugak tgok jam. Ok, lepas je 10 minit kita tak dilayan, apa lagi, kita bangun dari kerusi tu, kita cakap kat dia, “Doktor, saya dah sihat.”
Terus doktor tu pandang kita dan senyum. “Wah.. Dah sihat. Ok bagus. Boleh amik ubat ye kat luar. Ada nak cek apa2 yg lain?”
Tak tunggu apa dah, disebabkan geram….
PANGGGGGGGGG……
Nah! Penampar buat doktor kacak tapi kuang hajo!
Masa ni kita rasa geram terlampau. Tapi lepas dapat tampar muka dia, memang badan terus boleh sihat la org kata. Hihi..
Kecoh juga lah masa tu, “Doktor Di Tampar Pesakit.” Hihi..
Tapi dari kejadian tu, kejap2 terserempak dgn doktor tu kat luar.. Sebab dia pun still study masa tu di UKM.
And now, doktor tu suami saya. Alhamdulillah bila kenang balik, dia kata dia saja buat gitu sb dia memang dah lama perati kita. And kawan2 kita yg beriya ajak pergi emergency tu sb diorg mmg dah plan baik punya. Nakal pun ada diorg ni tapi bila kenang balik, hehehe… Suami aku ni gedik jugak ye!
Bukanlah nak tayang kebahagiaan, tp nak bgtau sbnrnya pd doktor2.. Jgn lah buat perangai gitu. Ada je kita pergi hospital yg bile masuk, doktor boleh layan Drama Korea. Tak salah pun cuma sorok2 laa.. Sb netizen ni asal boleh nak viral, senang2 je nti diorg viral. Kebetulan ni kat sini, tgh check up kandungan anak ketiga (ni otw.. Hihi.. Doakan ye..) boleh pula doktor ni selamba main COC depan patients. Kita tahu dia nak rehat tp sorok2 sikit ok.. Nti org marah. Kita tak marah sb kita faham laki kita pun doktor. Huhu.

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...