by Oh! Semput
Penyanyi Ismail Izzani, 26, menjelaskan bahawa tempoh hampir dua tahun kurang menonjol dalam industri seni digunakan untuk memperlahankan rentak kehidupan dan mengenali dirinya dengan lebih baik.
Menjawab persoalan peminat mengenai keberadaannya, Ismail atau mesra disapa Mail berkata dia mahu mengambil masa untuk diri sendiri selepas memulakan kerjaya seni pada usia muda.
Dalam temu bual bersama BeautifulNara, Mail turut berkongsi perancangan menghasilkan lagu baharu serta album yang disasarkan untuk diperkenalkan kepada pendengar pada 2027.
Menurut Mail, dia mula memasuki industri hiburan ketika berusia sekitar 16 – 17 tahun. Selepas beberapa tahun melalui perjalanan tersebut, dia merasakan keperluan untuk memperlahankan rentak.
“I was just taking my time”
Mail bagaimanapun menyatakan bahawa dia kini bersedia untuk kembali aktif seperti biasa. Tempoh berehat itu juga bukan bermakna dia meninggalkan terus minatnya dalam bidang muzik.
Sepanjang tempoh tersebut, Mail memberi ruang kepada dirinya untuk memahami keperluan serta hala tuju hidupnya.
“I would say try to know myself better because It takes time untuk mengenali diri sendiri sebab kita selalu berkenal kenal dengan orang”
Menurutnya, selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dia mula mencari jalan dan arah baharu dalam kehidupan. Tempoh dua tahun itu disifatkan sebagai sesuatu yang bermakna kerana banyak perkara dipelajarinya.
Dalam masa sama, Mail turut mengisi masa dengan pergi ke gim, bersukan dan menghasilkan lagu. Walaupun melakukan pelbagai aktiviti, dia menjelaskan bahawa dirinya masih sama dan hanya memerlukan masa untuk melalui proses tersebut.
Ditanya sama ada peminat boleh menjangkakan sesuatu selepas lama menunggu, Mail menyatakan bahawa dia merancang untuk memberikan lagu baharu serta sebuah album.
Dia mengakui pernah menyebut mengenai perancangan album sebelum ini. Namun, proses menghasilkan sebuah album memerlukan masa, lebih-lebih lagi apabila dia mahu memberikan hasil terbaik kepada pendengar.
“tapi I know making an album is not easy, it takes time”
Mail turut menyifatkan dirinya sebagai seorang yang teliti terhadap hasil kerja dan mahu memastikan produk muzik yang dipersembahkan memenuhi harapannya.
“2027 is gonna be the year”
Bagaimanapun, tiada tarikh khusus pelancaran album dinyatakan dalam temu bual tersebut.
Mail turut mengakui bahawa penampilannya di Coffee in the Clouds boleh dianggap sebagai antara kemunculannya selepas lama berehat.
Menurutnya, dia gembira dan berbesar hati dapat menyertai acara itu kerana menyukai konsep persembahan yang membolehkan penyanyi berada lebih dekat dengan penonton.
Suasana santai, persembahan di kawasan terbuka serta pemandangan alam menjadi antara perkara yang disukainya. Baginya, konsep tersebut memberikan rasa lebih rapat dengan mereka yang hadir.
Apabila diminta memberikan tiga perkataan untuk menggambarkan kemunculan semulanya, Mail memilih “dance”, “emotion” dan “personal”.
Pada akhir temu bual, dia sekali lagi menyatakan hasrat untuk mengeluarkan album pada 2027 serta mengajak pendengar terus menyokong muzik Melayu tempatan.
“so guys do support local Malay music”
Mail turut berjanji untuk terus melangkah dalam perjalanan seninya.
“and i’ll keep going I promise you”
Apa-apapun kami ucapkan selamat maju jaya buat Mail dan terus mewarnai industri seni tanahair kita. Selain itu, kami kongsikan pautan lain dibawah!
Hampir Dua Tahun Menyepi, Ismail Izzani Kembali Dengan Janji Buat Peminat – “But Now I’m Back” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.