Akibat berang diejek bukan lelaki sejati, seorang lelaki menggila dan mengamuk dengan menembak mati sembilan orang iaitu lima lelaki dan empat wanita dalam satu majlis keramaian di Tver, Rusia.
Lelaki berkenaan dikenali sebagai Sergey Yegorov berusia 45 tahun dikatakan telah meninggalkan meja makan seketika sewaktu majlis tersebut sedang berlangsung sebelum kembali semula dengan membawa senapang patah serta melepas beberapa das tembakan dengan tujuan untuk membunuh mereka yang mengejeknya.
Menurut laporan laman Mirror, lelaki terbabit sempat menjerit, "sekarang aku nak tunjuk aku boleh menembak", sebelum didapati menembak mangsa-mangsanya dengan kejam tanpa perikemanusiaan. Ada diantara mangsa adalah seorang veteran Perang Dunia Kedua iaitu wanita yang berusia 90-an.
Dalam kejadian berkenaan, hanya seorang wanita yang terselamat yang dikatakan telah bersembunyi di bawah kain serta berpura-pura meninggal dunia ketika lelaki berkenaan melepaskan tembakan.
Mangsa yang terselamat adalah seorang gadis, Marina Volk yang berusia 21 tahun. Dia memberitahu dia sempat melihat suspek menembak kesemua orang yang berada di majlis itu dan ada mayat yang meletup sehingga separuh muka akibat tembakan suspek. Dia lelaki gila, saya melihat dan dengar bagaimana dia melakukannya dengan mengheret mayat-mayat berkenaan, katanya.
Marina adalah individu yang bertanggungjawab menghubungi pihak polis dalam kejadian yang menakutkan itu sehingga lelaki terbabit ditangkap.
Menurut laporan, Sergey adalah seorang juruteknik yang dikatakan berkerja sementara di Moscow dan telah pulang ke kampungnya di daerah Redkino bagi melawat ibunya yang telah lama ditinggalkan kerana berkerja.
Sergey turut memaklumkan kepada pihak polis mengapa dia membunuh kesemua orang yang berada di majlis berkenaan. Katanya mereka semua telah mempersendakannya kerana dia tidak pernah berkhidmat dalam pasukan tentera. -
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melancarkan operasi bersepadu terhadap sebuah premis di Pusat Perdagangan Lagoon Perdana yang disyaki mempunyai kaitan dengan penyebaran ajaran Syiah, hasil maklumat yang diterima daripada orang awam.Pengarah JAIS, Dat
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Hasan menegaskan semua buku dan penulisan berkaitan agama wajar melalui semakan pihak berautoriti bagi memastikan ketepatan fakta, sekali gus memelihara kesucian Islam.Menerusi satu h
Menteri Pertahanan, Dato Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, program seperti ini yang mula diperkenalkan sejak tahun lalu bertujuan memastikan anggota ATM terlibat dalam aktiviti berfaedah di samping menjaga keseimbangan kesihatan mental dan fizikal.Pr
Kerajaan menambah baik pelaksanaan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) dengan memperkenalkan mekanisme baharu yang membolehkan pemilik kenderaan memindahkan kelayakan subsidi diesel kepada ahli keluarga yang menggunakan kenderaan tersebut.Pelaksanaan turut
Amerika Syarikat (AS) melancarkan satu lagi siri serangan ke atas beberapa sasaran ketenteraan di Iran pada 27 Jun selepas mendakwa Tehran gagal mematuhi perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui susulan ketegangan di Selat Hormuz.Pasukan Koman
Seorang wanita mengalami kecederaan parah, manakala tujuh individu lain cedera ringan dalam kemalangan membabitkan sebuah lori tujuh tan, sebuah Perodua Myvi dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Noah di Kilometer 94, Lebuhraya Utara-Selatan (PL
Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan tiada kompromi terhadap sebarang perbuatan buli di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) susulan satu kes yang didakwa berlaku di sebuah MRSM di Johor.Menerusi kenyataan di media sosial, pihaknya hanya me
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan perkhidmatan percuma selama sebulan bagi Laluan LRT3 Shah Alam bermula esok sempena pembukaan rasmi laluan baharu yang menghubungkan Bandar Utama ke Johan Setia.Pengumuman itu dibuat ketika merasmikan
Seorang lelaki warga asing maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik dalam kebakaran yang memusnahkan hampir keseluruhan sebuah kilang kitar semula di Batu 2, Kampung Durian, petang Sabtu.Mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Alpian Abdu