by Oh! Semput
Tahun 2016 bakal melabuhkan tirainya dan tahun baru 2017 kian menjelma. Sudah pasti ramai kini sedang sibuk membuat resolusi bagi tahun yang akan datang.
Jika diimbas kembali sepanjang tahun 2016, pelbagai cabaran dan dugaan yang datang serta yang terpaksa ditempoh oleh semua umat manusia tanpa mengira latar belakang kaum atau agama yang dianuti.
Antara cabaran besar yang terpaksa ditempuhi sepanjang tahun ini ialah ancaman yang datang dari pihak kumpulan pengganas.
Sepanjang tahun 2016, pelbagai jenis tindakkan ganas dan yang tidak berperikemanusian telah dilakukan oleh kumpulan – kumpluan pengganas yang gemar mengunakan agama sebagai perisai bagi melaksanakan agenda songsang mereka.
Pada bulan Jun yang lalu ketika umat Islam diserata dunia sedang sibuk menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan Al – Mubarak, kita telah digemparkan dengan banyak kejadian keganasan yang dilakukan oleh kumpulan militan pengganas terutamanya oleh kumpulan militan pengganas DAISH.
Kumpulan DAISH atau al-Dawla al-Islamiya Fi Iraq Wa al-Sham (DAISH), atau lebih dikenali juga sebagai kumpulan Militan Islamic State in Iraq and Syams (ISIS) atau Islamic State of Iraq and the Levant (ISIL) atau Islamic State (IS) telah melakukan banyak serangan keganasan terhadap penduduk awam yang tidak bersalah sehingga mengorbankan banyak nyawa serta membawa kecederaan terhadap ramai mangsa yang terlibat yang terdiri daripada kaum wanita, warga tua, serta golongan kanak – kanak seperti yang berlaku di Turki, Bangladesh, Arab Saudi, Indonesia, serta Malaysia. Serangan pengganas tidak sahaja bertumpu di negara – negara Islam sahaja malah turut merebak ke negara – negara Barat di Eropah dan benua Amerika.
Sudah banyak siri keganasan telah dilakukan oleh kumpulan militan berkenaan di negara – negara Barat sepanjang tahun 2016 yang lalu seperti yang berlaku di negara Perancis, Belgium, termasuk Amerika Syarikat.
Selain daripada ancaman yang datang dari kumpulan pengganas, kita juga telah didedahkan dengan nasib malang yang menimpa etnik Rohingya di Myanmar.
Etnik Rohingya merupakan etnik minioriti di negara Myanmar yang telah ditindas serta dilayan dengan buruk oleh kerajaan mereka sendiri sehingga menyebabkan ramai menjadi mangsa keganasan serta yang terpaksa menjadi pelarian ke negara – negara yang berhampiran termasuk Malaysia.
Kita juga telah didedahkan dengan tragedi yang menimpa rakyat Syria khususnya yang berada di Bandar Aleppo dimana banyak laporan yang didedahkan media menunjukkan ramai diantara rakyat Syria dibandar berkenaan yang menjadi mangsa keganasan tentera kerajaan Syria yang dikatakan mengambil tindakkan balas ke atas penduduk dibandar berkenaan yang disyaki memberi sokongan kepada puak pemberontak Syria.
Kita juga tidak harus melupakan konflik berpanjangan yang dihadapi oleh penduduk Palestin. Semenjak penubuhan Israel pada tahun 1948 yang lalu, penduduk Palestin tidak pernah mengenali serta mengecapi kedamaian akibat usaha penindasan yang dilakukan oleh pihak rejim Israel terhadap mereka.
Walaupun baru – baru ini terdapat pihak Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu (PBB) telah mengeluarkan usul berani yang mengecam tindakkan Israel khususnya mengenai pembinaan penempatan haram ditanah milik Palestin, namun ianya tidak diendahkan oleh pihak rejim Israel.
Apa yang dinyatakan diatas merupakan peristiwa – peristiwa yang banyak membuka mata dan minda penduduk dunia sepanjang tahun 2016 yang lalu khususnya mengenai aspek kemanusiaan.
Sudah sampai masanya semua pihak mengambil iktibar diatas apa yang berlaku sepanjang tahun 2016 yang lalu dan mengambil langkah yang lebih proaktif bagi mewujudkan keamanan sejagat.
Semua pemimpin dunia harus mengetepikan perasaan ego masing – masing serta tampil bersatu bagi memerangi pihak pengganas.
Sikap tidak ambil tahu atau berkecuali mengenai isu yang melibatkan perihal kemanusiaan tidak boleh diterimapakai lagi di era ini kerana apa yang berlaku di sesebuah negara akan memberi kesan kepada negara yang lain.
Adalah menjadi harapan semua pihak supaya semua pemimpin dapat mengetepikan segala kepentingan peribadi mereka serta bersatu bagi manfaat semua pihak serta manfaat generasi yang akan datang.
Walaupun sudah wujud pelbagai jenis agensi atau pertubuhan diperingkat antarabangsa dan serantau bagi menjalankan usaha kemanusiaan, namun berdasarkan segala tragedi yang masih menimpa segelintir umat manusia menunjukkan dengan jelas kepada kita bahawa masih wujud kelemahan didalam agensi atau pertubuhan berkenaan.
Oleh itu, adalah menjadi harapan semua supaya usaha penambahbaikkan dapat dilakukan bagi mengukuhkan segala agensi atau pertubuhan yang ada bagi menjamin kualiti hidup manusia yang lebih baik dan yang lebih selamat dimasa akan datang.
Bagi menjayakan semua harapan ini, semua pihak harus memainkan peranan masing – masing serta berusaha bagi membawa keamanan kepada semua penduduk tidak kira dimana mereka berada.
Adalah menjadi harapan semua pihak tahun 2017 kelak membawa kepada titik perubahan kearah menjadikan dunia yang lebih aman dan selamat.
Baca lagi: Kemusnahan Aleppo: Kerajaan Syria Perlu Bertanggungjawab
This article passed through the Full-Text RSS service - if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at .org/content-only/faq.php#publishers.
Recommended article: The Guardian's Summary of Julian Assange's Interview Went Viral and Was Completely False.