Harga Minyak Petrol dan Diesel Turun Lagi

by Oh! Semput


5
SHARES
68
VIEWS
Posted on 31 May 2017 15:01:56


KUALA LUMPUR: Harga runcit mingguan bagi petrol dan diesel menurun mulai tengah malam ini.

Bagi tempoh 1 Jun hingga 7 Jun ini, harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun dua sen.

RON95 turun daripada RM2.12 ke RM2.10 seliter, manakala RON97 daripada RM2.40 ke RM2.38 seliter.

Harga runcit diesel pula turun satu sen daripada RM2.02 kepada RM2.01.

Pengumuman mingguan harga runcit produk petroleum itu diumumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melalui akaun Facebook rasminya, sebentar tadi.

BACA JUGA: Kerajaan Beri BR1M Sempena Hari Raya Aidilfitri

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts