Harga Telefon Dunia Meningkat Secara Purata 15% Pada Tahun 2026

by Oh! Semput


2
SHARES
20
VIEWS
Posted on 07 Sep 2026 07:00:50

Krisis RAM tahun ini melihat harga telefon pintar dalam semua segmen mencatatkan peningkatan yang ketara berbanding tahun lalu. Pengeluar seperti Samsung buat pertama dalam sejarah meningkatkan harga telefon pasca pelancaran bagi menanggung kos yang meningkat. Dalam laporan terkini Counterpoint Research, harga purata telefon pintar meningkat 15% di peringkat global setakat ini.

Impak peningkatan harga paling ketara di India dengan purata peningkatan 21% diikuti oleh Asia Pasifik (19%), Afrika dan Asia Barat (18%), Amerika Latin (16%), China (10%), Eropah (7%) dan Amerika Syarikat (5%). Negara yang paling bertanggungjawab menyebabkan kekurangan RAM global paling kurang terkesan oleh peningkatan harga RAM.

Selain telefon pintar yang semakin tinggi, pengeluar juga mula menawarkan peranti dengan storan lebih, memori dan spesifikasi kamera lebih rendah. Dalam segmen harga tertentu, peranti 4G telah diperkenalkan kembali bagi menjadikannya lebih mampu milik untuk pengguna.

Krisis RAM global diramalkan semakin runcing bermula 2027 dengan semua pengeluaran telah ditempah sepanjang tahun. Bekalan RAM hanya dijangka stabil semula penghujung 2028 mengikut ramalan paling optimis.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts