#Hiburan: Uqasha Senrose Fail Cerai Terhadap Kamal Adli, Rumah Tangga Didakwa Bergolak Sejak April 

by Oh! Semput


18
SHARES
234
VIEWS
Posted on 22 Oct 2025 04:30:52

Pelakon popular Uqasha Senrose dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya yang juga pelakon, Kamal Adli, pada 1 Oktober lalu di Mahkamah Syariah.

Menurut sumber, hubungan rumah tangga pasangan selebriti itu mula bergolak sejak April lalu, namun punca dikatakan bukan disebabkan orang ketiga.

Advertisement

Difahamkan, Uqasha kini tinggal bersama ibunya dan tidak lagi menetap sebumbung dengan Kamal.

Kamal Adli Nafi Rumah Tangga Bergolak- “Demi Allah, Saya Sayangkan Mereka Sangat-Sangat”

Prosiding sebutan pertama kes cerai pasangan berkenaan berlangsung hari ini di Mahkamah Syariah, menandakan permulaan kepada proses perundangan rasmi bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.

Pasangan ini sebelum ini menjadi perhatian ramai apabila timbul khabar angin mengenai pergolakan hubungan mereka, namun kedua-duanya memilih untuk berdiam diri tanpa mengulas lanjut.

Uqasha dan Kamal bernikah pada 5 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang, selepas berkenalan dan bergandingan dalam beberapa drama popular. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira.

Orang ramai di media sosial turut meluahkan rasa sedih dan mendoakan agar kedua-duanya dipermudahkan urusan dan diberikan ketenangan hati dalam melalui fasa sukar ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Kamal Adli Uqasha Senrose
2025-10-19 13:55:31

Kamal Adli Nafi Rumah Tangga Bergolak- “Demi Allah, Saya Sayangkan Mereka Sangat-Sangat"

Uqasha Senrose Fail Cerai Terhadap Kamal Adli, Rumah Tangga Didakwa Bergolak Sejak April  first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts