“Hidup Memfitnah Orang, Merangkaklah Kau Orang Nak Minta Maaf” – Noor Nabila

by Oh! Semput


4
SHARES
51
VIEWS
Posted on 19 Jun 2026 06:32:47

Pempengaruh dan usahawan, Noor Nabila tampil menafikan dakwaan yang menuduhnya memasak seekor ayam hitam bernilai RM800 seperti yang tular di media sosial.

Menurut Nabila, tindakan individu yang memuat naik dakwaan tersebut hanyalah taktik untuk menarik orang ramai menekan pautan yang disertakan bagi menjana pendapatan melalui komisen jualan.

Advertisement

“Dia nak pancing kalian tekan dekat Threads dia. 1000 orang klik 900 beli barang entah apa-apa dia jual pada pautan,” katanya menerusi InstaStory.”

Kecewa dengan tindakan tersebut, kakak kepada selebriti Neelofa itu turut menegur individu berkenaan kerana didakwa menyebarkan kenyataan tidak benar semata-mata untuk meraih keuntungan.

Noor Nabila

“Dah berapa banyak komisyen dia dapat. Hidup dengan memfitnah orang. Merangkaklah kau di akhirat nanti nak minta maaf,” ujarnya.

Dalam masa sama, Nabila turut berkongsi tangkap layar harga sebenar ayam hitam yang digunakan bagi menepis dakwaan tersebut.

“Dari RM800 jadi RM29 ke sis. Nak menipu pun agak-agaklah,” selorohnya.

Sebelum ini, seorang pengguna Threads memuat naik hantaran yang memetik nama Noor Nabila dan mendakwa usahawan itu menggunakan bahan masakan yang mahal.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

yasmin ullah
2026-06-19 10:21:04

Rakan Aktivis Noor Azizah Persoal Isu Rohingya Kembali Hangat Di Malaysia, Dakwa Jadi 'Kambing Hitam' Menjelang Pilihanraya

“Hidup Memfitnah Orang, Merangkaklah Kau Orang Nak Minta Maaf” – Noor Nabila first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts