Gaji RM2,501 Hingga RM3,000, Bayaran Balik PTPTN Serendah RM50 Sebulan

by Oh! Semput


2
SHARES
27
VIEWS
Posted on 26 Oct 2026 06:31:05

Graduan yang berpendapatan antara RM2,501 hingga RM3,000 sebulan hanya perlu membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pada kadar minimum RM50 sebulan menerusi kelonggaran yang diperkenalkan dalam Belanjawan 2027.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abdul Halim berkata, inisiatif berkenaan dijangka memberi manfaat kepada lebih 400,000 peminjam bagi membantu mengurangkan beban kewangan graduan yang baru memasuki alam pekerjaan.

Advertisement

Bagi graduan yang berpendapatan di bawah RM2,500 sebulan pula, bayaran balik pinjaman tidak perlu dimulakan sehingga mereka mencapai ambang pendapatan yang ditetapkan.

“Keresahan ini boleh ditangani dengan cara ini, yang paling berkesan buat masa sekarang.

“Ini adalah antara perkara yang sudah bertahun-tahun sebenarnya dibincangkan, diwacanakan dan sekarang kita boleh, insya-Allah laksanakan menerusi Belanjawan 2027,” katanya dalam temu bual dengan stesen radio tempatan baru-baru ini.

Dapur Siswa MADANI Diperluas Ke Politeknik, IPG

Dalam perkembangan sama, Adam Adli berkata inisiatif Dapur Siswa MADANI akan diperluas ke politeknik dan Institut Pendidikan Guru (IPG) pada tahun hadapan.

Beliau berkata, peruntukan RM20 juta disediakan untuk membekalkan bahan makanan dan keperluan asas termasuk beras, minyak masak, telur serta sardin.

Kemudahan memasak secara berpusat itu membolehkan pelajar menggunakan bekalan berkenaan untuk menyediakan makanan sendiri atau secara berkumpulan.

“Pelajar boleh menggunakan bekalan itu untuk memasak sendiri atau secara berkumpulan, dengan perancangan dibuat bersama-sama persatuan pelajar atau pengurus dapur bagi membantu mengawal perbelanjaan makanan,” katanya.

My50, MyKomuter50 Dan FlySiswa Diteruskan

Dari aspek pengangkutan pula, Adam Adli berkata pas My50 diteruskan, selain penambahan MyKomuter50 bagi pengguna perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Kemudahan tersebut turut boleh dimanfaatkan mahasiswa bagi perjalanan harian.

Selain itu, bantuan FlySiswa dinaikkan daripada RM400 kepada RM500 setahun bagi setiap pelajar yang layak untuk pembelian tiket penerbangan antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak bagi perjalanan berkaitan pengajian.

Graduan TVET Boleh Raih Pendapatan RM6,000 Hingga RM7,000

Dalam pada itu, Adam Adli berkata Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terus diperkasa untuk golongan muda yang lebih berminat dalam bidang kemahiran teknikal.

Menurutnya, kebolehpasaran graduan TVET mencatatkan kadar antara 95 hingga 97 peratus setiap tahun.

Beliau berkata, kemasukan pelaburan dalam industri berteknologi tinggi turut membuka lebih banyak peluang pekerjaan yang memerlukan kemahiran baharu.

Sebagai contoh, beliau berkongsi pengalaman bertemu seorang graduan diploma politeknik berusia 20-an yang memperoleh pendapatan antara RM6,000 hingga RM7,000 sebulan selepas kira-kira setahun menamatkan pengajian dan bekerja dalam sektor pusat data di Johor.

“TVET adalah satu laluan yang kita perkasakan kembali untuk pastikan bahawa ramai anak muda, lepasan sekolah dan sebagainya yang tidak minat, contohnya jurusan yang bersifat akademik tapi yang bersifat teknikal, TVET adalah jawapannya.

“Kadang-kadang apa yang kita perlukan hanyalah kemahiran,” katanya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Ilustrasi lebuh raya pintar Malaysia dengan gantri tol tanpa palang, kamera pemantauan trafik dan lampu solar, berlatarbelakangkan latar langit Kuala Lumpur.
2026-10-20 14:21:47

Malaysia Sasar 50 Peratus Lebuh Raya Dilengkapi Teknologi Pintar, MLFF Antara Komponen Utama

Gaji RM2,501 Hingga RM3,000, Bayaran Balik PTPTN Serendah RM50 Sebulan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts