Honor Pad X7b Dengan Ciri Honor Kids Kini Di Malaysia – Harga Bermula RM699

by Oh! Semput


2
SHARES
29
VIEWS
Posted on 30 Oct 2026 07:00:59

Honor membawa masuk Pad X7b ke pasaran Malaysia sebagai tablet yang direka untuk kegunaan harian seisi keluarga. Menariknya, tablet ini turut dilengkapi pelbagai ciri mesra kanak-kanak termasuk ruang penggunaan khas, kawalan penggunaan serta fungsi perlindungan mata.

Pad X7b hadir dengan paparan LCD 9.7″ beresolusi 2K yang menyokong kadar segar semula 90Hz. Ini dipadankan dengan cip Snapdragon 685, memori 4GB RAM, storan dalaman 128GB dan sokongan kad microSD 2TB. Ia turut menggunakan binaan logam dan dilengkapi bateri berkapasiti 8000mAh yang sesuai untuk kegunaan harian seperti pembelajaran dan hiburan.

Salah satu ciri yang menjadi tumpuan ialah Honor Kids iaitu ruang penggunaan khas untuk kanak-kanak. Melaluinya, ibu bapa boleh menetapkan tempoh penggunaan, mengurus aplikasi yang boleh diakses serta memantau kandungan yang digunakan oleh anak-anak. Honor turut menyertakan beberapa ciri penjagaan mata seperti penapis cahaya biru, mod e-buku dan peringatan jarak penggunaan bagi bantu mengurangkan keletihan mata akibat penggunaan tablet untuk tempoh yang panjang.

Honor Pad X7b ditawarkan dalam dua pilihan iaitu Wi‑Fi pada harga RM699 dan LTE pada harga RM799 yang turut didatangkan dengan Flip Cover percuma bernilai RM159. Tablet ini boleh didapati menerusi Honor Experience Store, laman web rasmi serta pengedar sah terpilih di seluruh Malaysia.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts