Honor Malaysia Dan UPSI Berganding Bahu Melahirkan Bakat Baharu Dalam Bidang AI

by Oh! Semput


5
SHARES
70
VIEWS
Posted on 15 Oct 2026 10:30:31

Honor Technology (Malaysia) Sdn Bhd mengukuhkan komitmen melahirkan bakat tempatan dalam bidang kecerdasan buatan (AI) dengan menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bersama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi menubuhkan HONOR AI Lab.

Makmal ini berfungsi sebagai pusat pendidikan, penyelidikan dan inovasi dalam bidang AI. Ia berfungsi sebagai hab pelaksanaan aktiviti akademik dan industri yang merangkumi bengkel, program persijilan profesional, latihan industri serta pertandingan inovasi. Selain itu, makmal ini turut menyediakan akses kepada peralatan pengkomputeran AI bertaraf industri, di samping membuka peluang pertukaran pelajar serta memperkukuh hubungan antara universiti dengan pihak industri.

Penubuhan HONOR AI Lab telah meletakkan UPSI sebagai universiti awam yang komited membangunkan bidang AI selari dengan aspirasi negara untuk memperkukuh ekonomi digital serta melahirkan bakat teknologi tempatan. Bagi pelajar, makmal ini menyediakan peluang pembelajaran teori di samping pengalaman industri melalui projek, latihan dan persijilan. Pendedahan praktikal tersebut bukan sahaja mengasah kemahiran teknikal malah turut mengembangkan aspek insaniah dan keusahawanan.

Pensyarah dan penyelidik turut berpeluang mengakses teknologi terkini serta mengukuhkan aspek pengajaran melalui kerjasama dengan pakar industri. Perjanjian selama dua tahun ini dijangka menjadi pemangkin kepada pembangunan ekosistem AI di Malaysia. Dalam jangka panjang, model ini berpotensi dijadikan rujukan oleh universiti lain dan mampu melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang menyokong matlamat Malaysia sebagai hab teknologi serantau.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts