HONOR Pad 20 Pro – Tablet Pintar Dengan PC Mode, Diskaun 15% Untuk Pelajar!

by Oh! Semput


3
SHARES
38
VIEWS
Posted on 26 Aug 2026 03:30:58

Generasi Z kini semakin menjadikan tablet sebagai sebahagian daripada gaya hidup harian. Dengan sokongan papan kekunci pintar serta prestasi yang semakin baik, tablet bukan lagi sekadar peranti tambahan malah mula dianggap sebagai alternatif kepada komputer riba. HONOR Pad 20 Pro hadir dengan pemproses moden, bateri berkapasiti besar serta kemampuan menjalankan pelbagai tugasan dengan lancar. Semua ciri ini direka untuk memberikan pengguna pengalaman penggunaan yang lancar.


Tablet Pintar Generasi Baharu

HONOR Pad 20 Pro hadir dengan ciri PC Mode yang menjadikannya berbeza daripada tablet biasa. Fungsi ini boleh diaktifkan dengan hanya menekan ikon PC Mode. Dalam sekelip mata, antaramuka berubah menjadi seakan desktop dengan susun atur ikon serta aplikasi yang lebih teratur. Pengalaman yang ditawarkan memberikan rasa seolah‑olah anda sedang menikmati penggunaan sebuah PC sebenar, tetapi dalam bentuk tablet yang lebih mudah alih.

Apabila disambungkan dengan papan kekunci fizikal, suasana kerja menjadi lebih menyeronokkan. Pengguna dapat merasai pengalaman ala PC yang menyeluruh, namun dalam bentuk tablet yang ringan dan mudah dibawa ke mana sahaja. Menariknya, ciri PC Mode ini mula diperkenalkan oleh HONOR melalui tablet mercu HONOR MagicPad 4. Kini, HONOR membawa kelebihan tersebut ke HONOR Pad 20 Pro agar lebih ramai pengguna dapat menikmati pengalaman premium yang sebelum ini hanya eksklusif kepada model mercu.

PC Mode bukan sekadar menukar rupa antaramuka. Sebaliknya, ia hadir sebagai ciri yang meningkatkan produktiviti dengan ketara dan menjadikan setiap tugasan lebih mudah serta lancar. Melalui fungsi ini, pengguna boleh menulis nota, mendengar muzik dan melayari internet dalam masa yang sama tanpa sebarang gangguan.


Pengalaman Multitugas Tanpa Gangguan

Lebih mengagumkan, HONOR Pad 20 Pro mampu membuka sehingga 15 tetingkap serentak. Keupayaan ini membolehkan pengguna melakukan pelbagai tugasan dalam satu masa dengan lancar tanpa menjejaskan prestasi. Ciri ini menjadikannya pilihan praktikal untuk pelajar yang perlu membuat rujukan pantas, selain relevan untuk sesiapa sahaja yang mementingkan kelancaran kerja dalam satu peranti serba boleh.

Pengguna juga boleh membahagikan skrin kepada tiga atau empat bahagian sekaligus, sekali gus membolehkan setiap aplikasi yang dibuka disusun dengan lebih teratur dalam satu paparan yang menyeluruh. Dengan keupayaan ini, semua tugasan dapat dijalankan secara serentak tanpa gangguan, menjadikan pengalaman bekerja, belajar dan berhibur lebih efisien serta menyeronokkan. Sebagai contoh, pelajar boleh menyiapkan tugasan sambil membuat rujukan, pekerja boleh menguruskan emel dan dokumen pada masa yang sama, manakala pengguna umum pula boleh berhibur dengan muzik, video dan internet dalam paparan yang tersusun.

Hasilnya semua perkara dapat dilihat serentak di depan mata lalu menjadikan pengalaman penggunaan lebih efisien dan menyeronokkan. Susun atur yang teratur memudahkan pengguna kerana tidak perlu kerap menukar aplikasi. Setiap tugasan dapat dilakukan dengan lebih lancar dan tersusun. Dock di bahagian bawah turut memaparkan titik putih kecil sebagai penunjuk tetingkap aktif, sekali gus membantu pengguna mengenal pasti aplikasi dengan lebih pantas.

Dalam PC Mode, HONOR Pad 20 Pro turut menawarkan ciri Kawalan Audio Bebas (Independent Volume Control) yang membawa pengalaman multitugas ke tahap seterusnya. Setiap aplikasi mempunyai pelaras audio tersendiri dan bunyi tidak bercampur antara satu sama lain. Ciri ini memberikan kawalan yang lebih bebas dan teratur sambil meningkatkan keselesaan serta produktiviti harian.

Sebagai contoh, ketika menyiapkan tugasan penting muzik latar daripada Spotify boleh dilaraskan pada bunyi rendah untuk mengekalkan fokus. Apabila tiba masa rehat Netflix pula boleh dibuka dengan bunyi lebih tinggi tanpa menjejaskan muzik yang sedang dimainkan. Dengan adanya pelaras audio berasingan setiap aplikasi dapat dikawal secara individu dan pengalaman penggunaan menjadi lebih fleksibel serta teratur. Inovasi ini menjadikan HONOR Pad 20 Pro bukan sekadar tablet biasa tetapi sebuah peranti serba boleh yang direka untuk memenuhi keperluan pelbagai golongan pengguna.


Pengurusan Fail Ala PC

HONOR Pad 20 Pro membawa pengalaman bekerja yang lebih profesional melalui PC Class File Manager. Dengan fungsi ini, fail dapat diurus dengan teratur dan kerja terasa lebih efisien, seolah-olah anda menggunakan PC sebenar.

Penggunaan menjadi lebih bebas kerana bar navigasi boleh diubah mengikut keselesaan. Sokongan pintasan asas seperti Ctrl+C dan Ctrl+V pula menjadikan tugasan harian lebih pantas. Kawalan mudah melalui tekan lama atau klik dua kali memastikan setiap langkah terasa lancar Apabila disambungkan dengan tetikus berwayar atau nirwayar, HONOR Pad 20 Pro memberikan pengalaman hampir sama seperti bekerja di PC.

Fungsi UI Notes pada HONOR Pad 20 Pro hadir dengan antaramuka yang lebih kemas yang menjadikan pengalaman menulis lebih selesa serta teratur. Bar alat (Tool Bar) boleh dipindahkan ke mana-mana mengikut kehendak pengguna dan fungsi Auto Collapse pula menyediakan ruang menulis yang lebih luas supaya paparan tidak kelihatan berserabut. Selain itu, Multi Tab Note View memberikan kebebasan penuh kerana tab boleh disusun semula dan dinamakan mengikut keperluan. Dengan adanya paparan skrin berbelah, dua nota boleh dibuka serentak yang menjadikan kerja lebih efisien.

Transkrip yang dihasilkan melalui UI Notes kelihatan lebih kemas kerana kata pengisi (filler word) dibuang. Dengan itu, catatan menjadi lebih lancar dan profesional serta mudah difahami tanpa gangguan bahasa yang berlebihan. Smart Templates disediakan turut melengkapi pengalaman ini dengan kemampuan memilih format secara bijak berdasarkan rakaman. Fungsi ini menjadikan keseluruhan proses penulisan lebih teratur dan sistematik kerana pengguna tidak lagi perlu menyusun semula gaya atau struktur catatan secara manual.

Lebih menarik lagi, AI Memo kini boleh digunakan pada pelbagai peranti. Ia tidak lagi terhad kepada tablet kerana fungsi ini turut diintegrasikan dengan telefon pintar, jam tangan pintar dan fon telinga. Sebagai contoh, seorang pelajar boleh menetapkan kata kunci dalam AI Memo. Apabila pengajar menyebut kata kunci tersebut, notifikasi akan terus muncul pada telefon atau fon telinga. Nota penting dan peringatan automatik turut dapat diakses melalui semua peranti yang dihubungkan. Hal ini menjadikan pengalaman mencatat lebih pintar dan sentiasa tersedia di hujung jari.


Perkongsian Fail Lebih Mudah

HONOR Connect kini hadir dengan pengalaman yang lebih lancar termasuk untuk pengguna iPhone. Gambar yang diambil boleh dipindahkan terus ke HONOR Pad 20 Pro dan disunting dengan pantas hanya dengan drag masuk ke tablet. Fungsi One Tap Share pula menjadikan perkongsian fail semakin mudah. Sentuh sahaja telefon HONOR pada tablet dan fail akan dipindahkan serta-merta. Ringkas, praktikal dan menjimatkan masa.

HONOR juga menyediakan fungsi HONOR Share bersama Magic Portal sebagai jalan pintas pintar. Contohnya, ketika membaca artikel dalam satu aplikasi, anda boleh menarik ayat atau gambar yang ingin dikongsi lalu meletakkannya terus ke peranti lain yang sudah dihubungkan. Tidak perlu lagi menyimpan atau menyalin secara manual. Proses ini berlaku dengan pantas dan lancar, sekaligus menjadikan perkongsian lebih mudah serta pengalaman penggunaan terasa menyeluruh.


Prestasi Mantap Dengan Snapdragon

Cukup produktif bukan? Semua tugasan dapat dilakukan dengan mudah melalui tablet bersaiz 12.1 inci ini. Skrinnya bukan sahaja besar, malah terang dengan pensijilan iQIYI Certified yang memberikan pengalaman tontonan lebih jelas dan memukau. Jika memilih versi Pro, anda akan menikmati kadar segar semula sehingga 165Hz bersama Paparan Paperlike yang lebih mesra mata. Kapasiti bateri juga mengagumkan, iaitu 10,100mAh dengan sokongan 66W pengecasan pantas untuk kedua-dua versi. Meskipun berkapasiti besar, reka bentuknya kekal ringan dan nipis, sekali gus memudahkan untuk dibawa ke mana-mana. Dari segi prestasi, HONOR Pad 20 Pro dilengkapi cip Snapdragon 8s Gen 4, manakala versi Standard menggunakan Snapdragon 7 Gen 3.


Tawaran Khas Pelajar!

Untuk harga, HONOR Pad 20 ditawarkan pada RM1,999 (WiFi) dan RM2,299 (5G). Versi Pro pula berharga RM2,499 (WiFi). Khas untuk pelajar, nikmati diskaun 15% sekarang dan rasai sendiri pengalaman belajar serta bekerja dengan lebih lancar menggunakan siri HONOR Pad 20. Jangan lepaskan peluang ini! Miliki siri HONOR Pad 20 hari ini dan tingkatkan produktiviti anda dengan PC Mode!

Penafian: Advertorial dibawakan oleh HONOR Malaysia.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts