Hotel Sunway beri lebihan juadah, bantu orang susah

by Oh! Semput


HOME Posted on 31 May 2017 08:01:10



Puteri Sultan Selangor Tengku Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah (dua, kanan) mengagihkan makanan pada program Sunway #Zerofoodwastage malam tadi. — Foto BernamaPETALING JAYA, 31 Mei — Sunway Berhad melalui Sunway Hotels & Resorts semalam melancarkan kempen Sunway #zerofoodwastage (Zero Food Wastage) bagi membantu golongan kurang bernasib baik sekali gus mengatasi masalah pembaziran makanan.

Timbalan Pengerusi Eksekutifnya Tan Sri Razman M Hashim berkata melalui program itu lebihan makanan yang belum terusik dan masih berkondisi baik bakal diagihkan kepada lebih 100 individu setiap hari dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) Kechara Soup Kitchen.

“Dianggarkan 270,000 tan metrik makanan dibazirkan setiap kali Ramadan, jadi ini antara inisiatif kami bagi mengatasi isu ini,” katanya pada sidang media di sini.

Razman berkata menerusi program tersebut, pihaknya berharap dapat mendidik orang awam untuk tidak membazir makanan selain memberi kesedaran membantu golongan lebih memerlukan terutamanya mereka yang miskin bandar dan gelandangan.

Kempen #zerofoodwastage memasuki tahun kedua dan merupakan cetusan idea Tengku Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menghentikan pembuangan lebihan makanan sepanjang bulan Ramadan terutama dari hotel yang menyediakan perkhidmatan bufet.

Tengku Zatashah berkata antara cabaran terbesar menjayakan kempen tersebut adalah proses untuk menjaga kebersihan dan keselamatan makanan dalam memastikan ia berkeadaan baik dan tidak tercemar.

“Kualiti makanan dijaga dan dipelihara mengikut SOP (prosedur operasi standard) ditetapkan seperti dibalut menggunakan plastik kedap udara dan dipanaskan semula agar ia selamat dimakan.

“Ramai yang menunjukkan minat untuk menyertainya, namun banyak juga pihak yangmenolak kerana polisi tidak boleh memberi lebihan makanan dan kita perlu faham dan menghormatinya,” katanya.

Beliau berharap kempen tersebut akan mendapat lebih banyak penyertaan daripada industri dan sokongan semua pihak termasuk orang awam agar pembaziran makanan tidak berterusan. — Bernama

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...