Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799

by Oh! Semput


4
SHARES
46
VIEWS
Posted on 03 Nov 2026 11:00:13

Huawei Malaysia secara rasminya hari ini melancarkan siri jam tangan pintar terbaharunya, HUAWEI WATCH 6 Series, bersama fon telinga HUAWEI FreeBuds SE 5 Max.

HUAWEI WATCH 6 Series menjadi jam tangan pintar pertama di Malaysia yang menyokong kajian risiko hipertensi dan kencing manis secara serentak.

Dilengkapi sensor X-TAP termaju, fungsi Health Glance membolehkan pengguna menyemak 13 metrik kesihatan penting dalam masa 60 saat sahaja.

Dari segi reka bentuk, model Pro menggunakan bahan premium seperti aloi titanium, seramik berteknologi nano, serta kaca kristal nilam bersfera.

Jam ini turut menyokong eSIM, navigasi Petal Maps, serta bateri tahan hingga 11 hari.

Bersama siri ini, HUAWEI turut memperkenalkan FreeBuds SE 5 Max yang menawarkan pembatalan hingar aktif (ANC) 52dB, ketahanan bateri sehingga 80 jam, dan pengiktirafan Hi-Res Audio.

HUAWEI WATCH 6 dijual pada harga bermula RM1,799, manakala WATCH 6 Pro bermula RM2,699.

Manakala HUAWEI FreeBuds SE 5 Max pula ditawarkan pada harga RM159. Pembelian siri WATCH 6 turut hadir bersama hadiah percuma bernilai hingga RM993.

IMAGE 1 (11) IMAGE 2 (8)

 

 

Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799 WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts