Hujan Lebat Di Tawau Punca Banjir Kilat

by Oh! Semput


9
SHARES
120
VIEWS
Posted on 29 Dec 2016 12:01:09

TAWAU – Hujan lebat yang melanda sejak pukul 3 petang tadi menyebabkan beberapa jalan di kawasan pusat bandar di sini terjejas akibat banjir kilat.

Menurut Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Tawau Faisal Ahmad, setakat ini pihaknya hanya menerima laporan kawasan Eastern Plaza telah dinaiki air serta terdapat pokok tumbang di Jalan Yamamoto dan Tanjung Batu.

“Pihak bomba sentiasa bersedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya ketika dihubungi.

Di samping itu, tinjauan Bernama mendapati kawasan yang turut dinaiki air termasuk Jalan Belia, kawasan Sabindo, Jalan Muhibbah serta Jalan Utara.

Ketika ini hujan mulai beransur reda di beberapa kawasan sekitar Tawau. – BERNAMA

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts