Ikhwan Tamatkan Zaman Bujang 7 Januari

by Oh! Semput


8
SHARES
99
VIEWS
Posted on 29 Dec 2016 08:01:10

PENGACARA dan penyampai radio, Ikhwan bakal menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihan hatinya, Nor Hidayu Shari pada 7 Januari depan.

Menurut  Ikhwan atau nama sebenarnya Mohd Khairul Ikhwan Rosli, dia berkenalan dengan ibu tunggal beranak satu itu sejak sembilan bulan lalu sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

Sementara itu, Ikhwan berkata, majlis pernikahannya akan berlangsung sederhana dan sekadar menepati hukum syarak.

“Saya pilih untuk buat majlis akad nikah terlebih dahulu membabitkan ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat karib.

“Biarlah saya selesaikan apa yang perlu terlebih dahulu. Insya-Allah sekiranya ada rezeki, saya akan mengadakan majlis resepsi pula.

“Meskipun majlis saya nanti sederhana sahaja, saya mahu ia meninggalkan kenangan manis buat semua yang hadir,” katanya.

Difahamkan, Ayu juga merupakan kakitangan Media Prima Berhad.

Sebelum ini, Ikhwan pernah dua kali putus tunang pada 2007 dan 2014 menyebabkan dia memilih untuk tidak bertunang dengan Ayu sebaliknya terus mendirikan perkahwinan.

: Harian Metro

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts