Impak Letupan Penggambaran Sebabkan Syamsul Yusof Melambung Dan Patah Bahu

by Oh! Semput


3
SHARES
45
VIEWS
Posted on 23 Nov 2016 07:00:28

Impak letupan di set penggambaran filem Makrifat Cinta lakonan Syamsul Yusof dan Nora Danish buatkan tubuh pelakon dan juga pengarah filem terbaik itu melambung.

sham2-transformed

Gambar : BHonline

Akibat dari insiden tersebut, Syamsul dilaporkan telah mengalami kecederaan patah tulang bahu kirinya namun dalam keadaan stabil selepas mendapatkan rawatan di sebuah hospital di ibu kota.

 

Aksi letupan tersebut bagi Syamsul ia tidak pun susah dan tidak memerlukan pelakon lagak ngeri untuk melakonkannya. Namun, tidak disangka letupan di belakangnya itu mempunyai impak yang sehinggakan tubuhnya melambung ke hadapan. 

 

“Ketika kejadian, saya sedang melakonkan aksi melutut di tanah dan di hadapan saya pula pelakon Nora Danish yang sedang terbaring. Ketika berlaku aksi letupan di belakang, impak itu membuatkan badan saya melambung ke hadapan dan saya pula sempat mengelak daripada terjatuh menghempap Nora. Ketika itulah pergerakan badan saya tidak begitu stabil, menyebabkan bahu saya terjatuh terlebih dulu. Ia menyebabkan rasa sakit yang amat sangat,” kata Syamsul kepada BH Online.

 

Syamsul kemudiannya digegaskan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut tetapi hanya diberikan pil penahan sakit. Berikutan dari itu, anak kepada pengarah terkenal negara, Yusof Haslam mula merasai kesakitan pada bahagian bahunya ketika waktu malam. 

 

“Saya sekali lagi ke hospital untuk melakukan x-ray kerana bimbang berlakunya kecederaan lebih teruk. Doktor mengesahkan bahu saya patah dan retak di belah kiri. Sepatutnya saya direhatkan di hospital, tetapi saya meminta izin untuk berehat di rumah saja. Saya turut dinasihatkan agar tidak melakukan banyak pergerakan,” katanya lagi.

Penggambaran filem tersebut sebenarnya baru sahaja bermula selama 12 hari dan mempunyai dua minggu lagi untuk menyiapkannya. Namun disebabkan situasi yang berlaku sekarang ini, menjadikan proses penggambaran tersebut terhenti seketika.

 

“Kalau keadaan bertambah baik, insya-Allah saya akan meneruskan kerja saya dan sekiranya tidak, terpaksalah saya mengambil cuti panjang sikit,” katanya.

Pada masa yang sama, Syamsul turut berkongsi akan insiden yang berlaku kepadanya itu di laman Instagram miliknya. Tulis Syamsul “Tula fikir macam-macam dan sibuk pasal orang lain, keselamatan diri sendiri tak tahu ke mana. Tak apalah. Ni bahagian aku. Dalam dunia seni tak semuanya indah,” menerusi sebuah video yang dirakam akan dirinya sedang menahan kesakitan berikutan impak letupan tersebut.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts