Infinix Umum Laptop XBOOK 14 NEO, Tapi Hanya Tersedia Di Indonesia

by Oh! Semput


4
SHARES
50
VIEWS
Posted on 25 Sep 2026 11:00:16

Infinix mengumumkan kehadiran XBOOK 14 NEO, laptop ringan dengan berat hanya 1.2 kg dan ketebalan 17.4 mm.

Direka untuk mobiliti, ia hadir dalam empat warna menarik,  Twilight Purple, Shadow Blue, Sonic Yellow, dan Volcano Grey.

Malah, ia turut menampilkan rekaan premium dengan memadankan dua material iaitu di bahagian atas nya aluminium yang kuat dan bahagian bawahnya pula adalah daripada gentian karbon yang ringan.

Bukan sekadar gaya, ia juga dilengkapi pensijilan ketahanan gred tentera, menjadikannya pilihan kukuh untuk pelajar dan profesional muda.

Dari segi prestasi, XBOOK 14 NEO dipacu oleh pemproses Intel® Core™ i3-1315U atau i5-1335U dengan kelajuan sehingga 4.5 GHz.

Ia turut disokong teknologi Folax AI untuk produktiviti lebih pintar.

Skrin IPS 14 incinya dengan nisbah 16:10 menawarkan resolusi 1920×1200, kecerahan 300 nits, dan sudut pandang 178°, memastikan pengalaman visual jelas dan selesa.

Bateri 55Wh nya pula mampu bertahan sehingga 13 jam, disertai pengecasan pantas 65W Type-C PD.

Tambahan pula, papan kekunci bercahaya, pembesar suara DTS, serta kamera HD dengan penutup privasi meningkatkan pengalaman harian.

Walau bagaimanapun, setakat semakan yang dibuat di laman rasmi Infinix, XBOOK 14 NEO hanya tersedia ditawarkan untuk pasaran Indonesia sahaja bagi rantau Asia Pasifik pada harga Rp7.799.000 (~RM2,150).

Sebagai perbandingan, Apple Macbook Neo 13″ di Indonesia dijual dengan harga bermula Rp 12,999,000 (RM2,999).

{suggest}

Infinix Umum Laptop XBOOK 14 NEO, Tapi Hanya Tersedia Di Indonesia WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts