Infinix XPAD 30 Pro Kini Di Malaysia – Cip Helio G200 Ultimate Dan Harga RM1199

by Oh! Semput


2
SHARES
30
VIEWS
Posted on 04 Nov 2026 07:00:43

Infinix XPAD 30 Pro kini ditawarkan di Malaysia. Ia direka untuk memenuhi keperluan pengguna yang mencari keseimbangan antara pembelajaran, produktiviti dan hiburan dalam sebuah tablet yang nipis serta ringan.

Untuk spesifikasi, Infinix XPAD 30 Pro dilengkapi skrin TFT LCD 11 inci beresolusi 2.5K dengan kadar segar semula 90Hz serta kecerahan puncak sehingga 550 nits. Ia dikuasai oleh cip MediaTek Helio G200 Ultimate bersama memori 8GB RAM, storan dalaman 128GB dan storan tambahan sehingga 2TB melalui kad microSD.

Tablet turut dilengkapi dengan pelbagai ciri berasaskan Infinix AI yang direka untuk membantu proses pembelajaran dan produktiviti. Antaranya termasuk AI Snap for Answers yang boleh mengenal pasti soalan tugasan serta menjana penyelesaian secara langkah demi langkah, manakala AI Screen Recognition membolehkan carian dilakukan terus daripada kandungan pada skrin menerusi Circle to Search.

Turut disertakan ialah fungsi AI Notes yang menggabungkan fungsi penulisan, lakaran dan pengecaman kandungan berasaskan AI. Apabila digunakan bersama stylus, pengguna boleh menukar nota tulisan tangan kepada teks, lakaran kepada imej serta memasukkan kandungan terus ke dalam nota. Selain itu, fungsi Translation Assistant membolehkan teks pada skrin diterjemah dengan mudah manakala AI Scan to Document boleh menukarkan dokumen fizikal kepada salinan digital berdefinisi tinggi.

Tidak ketinggalan, XPAD 30 Pro turut didatangkan dengan aplikasi e-buku yang menyokong format PDF dan EPUB. Ia juga dilengkapi kamera hadapan dan belakang 8MP serta bateri berkapasiti 8,200mAh yang menyokong pengecasan 18W. Bagi yang berminat, tablet ini akan mula dijual pada 10 November 2026 pada harga RM1,199 sebuah.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts