Infinix Plasma High Speed Hair Dryer Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM269

by Oh! Semput


5
SHARES
67
VIEWS
Posted on 27 Jul 2026 10:33:54

Infinix Plasma High Speed Hair Dryer kini dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan rekaan minimalis serta kemasan moden yang memperlihatkan gaya ringkas namun elegan. Direka khusus untuk memenuhi keperluan pengguna masa kini, ia menawarkan pengalaman penggunaan yang bukan sahaja praktikal tetapi juga bergaya.

Infinix Plasma High Speed Hair Dryer dikuasakan oleh motor DC tanpa berus (BLDC) berkuasa 1500W yang mampu mencapai kelajuan sehingga 115,000 RPM sekali gus menghasilkan aliran udara pantas untuk proses pengeringan yang lebih efisien. Pada masa yang sama, teknologi ion terbina menjana kira-kira 200 juta ion negatif yang berfungsi mengurangkan kerosakan rambut sambil mengekalkan kelembutan semula jadi.

Dari segi rekaan, motor dan kipas direka untuk beroperasi dengan tahap bunyi yang rendah, menjadikannya lebih senyap ketika digunakan. Ia turut dilengkapi dengan dwi-penapis boleh tanggal yang memudahkan penyelenggaraan. Selain itu, ia hadir dengan ciri pintar seperti kawalan suhu pintar (Smart Temperature Control), perlindungan haba (Heat Protection), mod panas dan sejuk serta tetapan kelajuan dan suhu pelbagai bagi menyesuaikan pengalaman penggunaan.

Infinix Plasma High Speed Hair Dryer kini dijual di Malaysia pada harga RM269 seunit melalui Shopee, Lazada dan TikTok Shop.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts