‘Influencer’ Media Sosial Dihadapkan Ke Mahkamah, Tipu Pesara Wanita RM80,000

by Oh! Semput


4
SHARES
49
VIEWS
Posted on 12 Jun 2026 06:33:15

Seorang pempengaruh media sosial mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan menipu seorang pesara wanita membabitkan kerugian RM80,000 dalam satu pelaburan perniagaan tahun lalu.

Tertuduh, Mikhail Isaaq Mohd Rozi, 31, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ezrene Zakariah.

Advertisement
sfasSUMBER: BERNAMA  

Mengikut pertuduhan, Mikhail Isaaq didakwa memperdayakan Tan Mei Lan, 58, untuk menyerahkan wang tunai sebanyak RM80,000 sebagai modal perniagaan penjualan kosmetik di Bank Muamalat, Presint 15, pada kira-kira jam 3.30 petang, 21 Mei tahun lalu.

Dia juga didakwa menjanjikan mangsa jawatan sebagai rakan kongsi syarikat Two M Legacy, selain gaji sebanyak RM10,000 sebulan dan 10 peratus keuntungan setiap bulan.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 10 tahun, sebat serta denda jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 Julai depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Batrisyia Mohd Khusri manakala tertuduh diwakili peguam Izleen Ismail daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK). – BERNAMA

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-06-11 11:18:55

Flat 4 Tingkat Jadi Kediaman Etnik Rohingya Akan Dirobohkan, Penduduk Sambut Baik

‘Influencer’ Media Sosial Dihadapkan Ke Mahkamah, Tipu Pesara Wanita RM80,000 first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts