Elon Musk Ingin Beri Satu Saham SpaceX Kepada Setiap Kanak-Kanak Di Amerika Syarikat Pada 2027

by Oh! Semput


3
SHARES
36
VIEWS
Posted on 19 Oct 2026 17:00:30

Elon Musk kini melalui X mengumumkan akan memberikan satu saham SpaceX kepada setiap kanak-kanak di Amerika Syarikat, pada 2027. Elon Musk turut menyatakan ini sekadar permulaan, dan mungkin akan melakukan sejumlah perkara lain pada masa akan datang.

Elon Musk

Elon Musk pada hari ini mempunyai sekitar 4.8 bilion saham SpaceX, dan angka berkenaan mungkin meningkat kepada 6.4 bilion sekiranya mengambil kira beberapa perkara termasuk kematangan saham dan lain-lain. Sebagai perbandingan, terdapat sekitar 72 juta kanak-kanak bawah 18 tahun di Amerika Syarikat setakat Julai 2025 lepas.

Langkah Elon Musk ini hadir selepas Anthropic menyatakan akan memberikan 5% saham mereka untuk dana awam, dan Elon Musk mengatakan ia lebih sesuai untuk memberikan saham terus kepada orang ramai berbanding membentuk saham dana awam ini. Selari perkara berkenaan, Elon Musk kini mengambil langkah untuk memberikan saham kepada kanak-kanak di Amerika Syarikat.

Mengikut nilai saham semasa, Elon Musk mungkin perlu memberi nilai kekayaan sekitar $10.5 bilion melalui pemberian saham ini kepada kanak-kanak di Amerika Syarikat.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts