Dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dibuka Di Raub Bagi Menempatkan Mangsa Banjir Susulan Hujan Lebat Semalam

by Oh! Semput


5
SHARES
62
VIEWS
Posted on 18 Oct 2026 13:30:30

KUANTAN: Dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Raub bagi menempatkan mangsa terjejas akibat banjir susulan hujan lebat berterusan, semalam. 

Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Raub, setakat 12.16 tengah malam tadi, sebanyak 26 mangsa daripada 11 keluarga telah dipindahkan ke PPS Balai Raya Kampung Baru Cheroh dan Balai Raya Sempam Baru yang dibuka sejak 7.30 malam.

"Daripada jumlah itu, lapan rumah terjejas di Kampung Cheroh, manakala tiga lagi di Kampung Sempam Baru,” menurut kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, APM Daerah Raub turut bergerak ke lokasi kejadian bagi mendapatkan maklumat, memasang kubikel serta menyampaikan sumbangan kit makanan kepada mangsa.

Operasi turut melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK). #AstroAwani

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts