Israel tutup satu lagi pintu masuk ke Tebing Barat

by Oh! Semput


6
SHARES
74
VIEWS
Posted on 30 Dec 2016 04:00:58

TENTERA Israel menutup pintu masuk utama ke perkampungan Shuqba di barat laut bandar Ramallah.

BAITULMAQDIS: Tentera Israel menutup pintu masuk utama ke perkampungan Shuqba di barat laut bandar Ramallah di tengah Tebing Barat yang diduduki pagi semalam, selepas menutup pintu masuk lain ke kampung itu lebih seminggu yang lalu.

Penutupan itu dibuat selaras dengan kepungan ketat tentera Israel ke atas beberapa perkampungan di barat Ramallah termasuk Shuqba, Qibya, Shabtin, Umm Safa, Abud, Deir Abu Masal dan Rantis, selepas seorang penduduk Israel cedera ringan apabila kenderaannya ditembak pada 18 Disember lalu.

Pada Selasa lalu, ramai rakyat Palestin dilaporkan diperiksa dan disoal siasat oleh tentera Israel ketika cuba untuk bergerak masuk ke kawasan itu.

Penutupan jalan juga memaksa rakyat untuk mengambil masa yang lama dan menggunakan jalan raya yang tidak selamat.

Seorang jurucakap tentera Israel memberitahu Ma’an mereka sedang menyiasat laporan itu. – Agensi

Category: Dunia


SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts