Istana Sultan Melaka Bakal Dibina Di Indonesia Petanda Peluasan Empayar Melaka

by Oh! Semput


15
SHARES
191
VIEWS
Posted on 03 Jun 2017 15:01:24

Istana Sultan Melaka Bakal Dibina Di Indonesia Petanda Peluasan Empayar Melaka

sultan-melaka.jpg

KUALA LUMPUR Setelah gagal mendapat perhatian di negara ini, lelaki yang mendakwa dirinya sebagai sultan Melaka sebelum ini, kini dikatakan sedang membina istana di negara jiran.

Menurut sumber rapat beliau, Raja Noor Jan Shah yang juga merupakan seorang usahawan membina istana tersebut sebagai usaha meluaskan empayarnya.

Walau bagaimanapun, sumber tersebut tidak memberikan perincian berkenaan empayar yang dimaksudkan serta lokasi tepat berkenaan istana tersebut.

Noor Jan pada 2005 telah menobatkan dirinya sebagai sultan, seterusnya menuntut takhta daripada istana Melaka namun, kerajaan negeri menafikan beliau sebagai waris takhta kesultanan negeri.

Dalam pada itu, Noor Jan pernah dilaporkan kononnya menganugerahkan darjah kebesaran kepada beberapa orang individu termasuk raja repot Rani Kulup dalam satu majlis.

Beliau kemudiannya ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Akta Hasutan berhubung dakwaan mengadakan beberapa majlis penganugerahan pingat, bintang dan darjah kebesaran yang tidak diiktiraf.

Antara lain yang turut ditahan bagi membantu siasatan adalah Rani Kulup

: sehinggit

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts