Jabatan Kimia sahkan tiada ‘beras plastik’ dijual

by Oh! Semput


3
SHARES
38
VIEWS
Posted on 13 Jun 2017 06:01:13

Imej salinan aduan polis yang mendakwa 'beras plastik' dijual di Kulai seperti tersebar dalam media sosial.Imej salinan aduan polis yang mendakwa 'beras plastik' dijual di Kulai seperti tersebar dalam media sosial.JOHOR BARU, 13 Jun — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di Johor mengesahkan tiada “beras plastik” dijual.

Sampel yang dikatakan sukar dikunyah dan berbau plastik apabila dibakar, seperti diadukan kepada polis, disahkan beras asli, lapor Berita Harian.

Kementerian itu mendapati sampel tersebut tiada benda asing atau plastik, dakwaan yang dibuat seorang pembeli sehingga ia menular di media sosial.

Pengarah KPDNKK Johor berkata analisis Jabatan Kimia diterima pihaknya Khamis lalu.

Khairul Anwar Bachok juga menyeru pengguna agar tidak resah dengan dakwaan itu.

Minggu lalu, seorang lelaki mengadu beras wangi Siam yang dibelinya hujung Mei di sebuah pasar raya di Kulai dicurigai diperbuat daripada plastik.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts