by Oh! Semput
PETALING JAYA: Lima kawasan di Semenanjung Malaysia dan Sarawak kini berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) susulan keadaan cuaca panas.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) memaklumkan tiga kawasan di Semenanjung yang berada pada tahap berkenaan ialah Machang dan Gua Musang di Kelantan serta Maran, Pahang.
“Tahap Berjaga-Jaga: Suhu maksimum harian 35-37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut,” katanya, hari ini.
Sementara itu, dua kawasan di Sarawak turut berada pada Tahap 1 iaitu Sri Aman dan Lubok Antu.
MetMalaysia turut menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan maklumat terkini mengenai status cuaca panas harian menerusi laman rasmi jabatan berkenaan. #KOSMO!