by Oh! Semput
Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos berjaya melelong sebelah selipar serta tuala miliknya bagi melunaskan baki kos penghakiman tertunggak lebih RM66,000 kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.
Memetik laporan daripada Harian Metro, Jamal menyatakan, kedua-dua barang itu digunakan dalam satu demonstrasi semasa Selangor berdepan masalah ketika era Datuk Seri Azmin Ali menjadi Menteri Besar.
Beliau menyatakan terdapat dua pembida yang membeli barangan itu termasuk seorang individu berbangsa India dari Negeri Sembilan yang membeli tuala dan seorang lagi pembida dari Sabah yang membeli sebelah seliparnya dengan harga RM33,000.

Menurut Jamal, apabila bayaran itu diperolehi dalam waktu terdekat, pihaknya akan menyerahkan wang berkenaan kepada Teresa.

Beliau menegaskan apa yang dilakukannya hari ini adalah untuk mendapatkan kembali maruah yang Teresa cuba cemarkan dengan mendapatkan perintah mahkamah yang sudah ada penyelesaian.

Artikel lain: “Esok saya nak jual..”- Jamal Yunos lelong selipar bagi langsai hutang saman Teresa Kok
Pada 28 Januari lalu, Teresa bertindak menyerahkan notis sitaan serta memecahkan tombol dan kunci pintu dapur kediaman Jamal di Ampang sebelum menukarnya kepada yang baharu.
Sebelum ini, Teresa mendapat perintah Mahkamah Tinggi untuk menyita harta alih milik Jamal bagi mendapatkan jumlah penghakiman tertunggak sebanyak RM66,061.85 sebagai kos yang belum dibayarnya.
Writ penyitaan dan penjualan harta alih itu diperoleh oleh Teresa selaku pemiutang penghakiman terhadap Jamal yang dinamakan sebagai penghutang penghakiman.
: Facebook Jamal Yunos