by Oh! Semput

Setiap artis mempunyai pereka pilihan masing-masing dan mereka memberikan sentuhan terbaik mengikut cita rasa artis. Bagi saya, tidak patut mana-mana pihak membuat perbandingan.
Lagipun perkahwinan ini sekali dalam seumur hidup dan sudah tentu saat bahagia itu mahu dikenang selamanya. Saya percaya jika ia terus berlaku sedikit sebanyak akan membuatkan orang kecewa. Saya sendiri tidak dapat membayangkan perasaan jika baju saya tidak menjadi pilihan.

Jujurnya saya bangga dengan sentuhan Rizman Ruzaini sehingga gaun ini menjadi sebutan netizen. Selagi perbandingan itu bukan sesuatu yang buruk saya okey kerana pilihan yang dibuat adalah berdasarkan pandangan mereka yang melihat.