by Oh! Semput
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menegur perbuatan mereka-reka firman Allah SWT semata-mata kerana ingin menyampaikan mesej yang baik.
Menurut Dr Zulkifli, umat Islam dilarang mentafsir firman Allah SWT mengikut kehendak sendiri kerana dikhuatiri boleh menyimpang daripada maksud sebenar.
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya membuat semakan teliti sebelum menyebarkan sesuatu yang dinisbahkan kepada al-Quran.
“Jangan mereka-reka firman Allah. Kadang-kadang satu perkongsian yang di sangka kecil, boleh membawa kesan yang besar.”
“Kerana yang kita bawa bukan sekadar kata-kata manusia, tetapi kalam Allah SWT yang suci dan mulia.”
Dr Zulkifli berkata, umat Islam tidak seharusnya melakukan kesilapan terhadap firman Allah SWT hanya kerana ingin mengejar kebaikan melalui sesuatu perkongsian.
“Lebih-lebih lagi kepada pihak yang menerbitkan buku, artikel atau bahan bacaan.”
“Amanah ini sangat besar. Jangan sesekali meletakkan sesuatu yang bukan daripada al-Quran lalu disandarkan kepada Allah SWT. “
Dalam masa sama, beliau turut mengingatkan bahawa para ulama tafsir menegaskan perbuatan berkata tentang Allah tanpa ilmu adalah perkara yang sangat berat.
“Berdosa besar jika seseorang menyandarkan sesuatu kepada Allah dalam keadaan mengetahui ia tidak benar atau sengaja dilakukan. “
Terdahulu, kecoh di media sosial apabila seorang pempengaruh didakwa menerbitkan sebuah buku yang memuatkan firman Allah SWT yang tidak wujud sehingga mengundang pelbagai reaksi orang ramai.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
“Jangan Mereka-Reka Firman Allah” – Datuk Seri Dr Zulkifli Tegur Aisyah Hijanah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.