Jangan Pelik, Monorel Di China Dibina Dengan Rekaan Tergantung

by Oh! Semput


5
SHARES
70
VIEWS
Posted on 26 Jul 2017 09:00:43

Bandar Qingdao di China nampaknya telah menerima satu kemudahan awam iaitu pengangkutan monorel tergantung.

Ia merupakan sistem monorel tergantung kedua di negara itu selepas bandar Chengdu memperkenalkan monorel tergantung pertama dengan rekaan ‘Panda‘. Difahamkan monorel tergantung di Qingdao ini adalah tren tergantung terpantas iaitu selaju 70 km/j.

Monorel itu telah pun menjalani peringkat ujian pada hari Khamis yang lalu dan menurut syarikat yang bertanggungjawab membinanya, CRRC Qingdao Sifang, monorel tergantung ini lebih…

  • murah dibina,
  • mesra alam, dan
  • pendek masa pembinaan

…jika dibandingkan dengan sistem tren yang biasa. Ia sangat sesuai di bina pada kawasan yang mempunyai pemandangan yang menarik. Perkhidmatan ini mampu menampung sehingga 510 orang penumpang dengan 5 buah gerabak yang bergerak secara tergantung 5 meter dari tanah.

Sedikit informasi menarik tentang sistem monorel/tren tergantung

  • Pertama sekali dibina di Cheshunt, England pada 25 Jun 1825
  • Dizaman moden ini, China merupakan negara ke-3 memiliki tren tergantung selepas Jerman dan Jepun.
  • Monorel “Panda” di China merupakan yang pertama dijana dengan bateri lithium. Jerman dan Jepun menggunakan elektrik bervoltan tinggi.

Monorel tergantung di Chengdu dengan konsep Panda

: Shanghaiist

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts