PRN Johor tiada kaitan dengan Najib! Pengampunan kuasa mutlak Agong – Tok Mat

by Oh! Semput


2
SHARES
23
VIEWS
Posted on 06 Jul 2026 14:04:26

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Mohamad Hassan menegaskan bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak mempunyai sebarang kaitan dengan usaha membebaskan bekas Perdana Menteri, Najib Razak, seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Beliau berkata, PRN Johor merupakan proses demokrasi di peringkat negeri dan tidak wajar dikaitkan dengan mana-mana isu luar yang melibatkan pentadbiran Persekutuan atau individu tertentu.

Menurutnya, tumpuan semua pihak seharusnya diberikan kepada usaha membentuk kerajaan negeri yang stabil serta menjaga keharmonian politik, bukannya mengheret pilihan raya negeri kepada isu nasional yang boleh mencetuskan salah faham dalam kalangan rakyat.

“PRN Johor ini tiada kaitan dengan Datuk Seri Najib atau pembebasan beliau. Kita sebuah negara yang menghormati kedaulatan undang-undang.
“Kalau ini pilihan raya untuk membentuk kerajaan Persekutuan mungkin orang boleh membuat andaian sedemikian, tetapi ini hanya pilihan raya negeri. Apa yang Menteri Besar boleh buat untuk membebaskan Datuk Seri Najib?
“Pengampunan itu kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong, jadi kita tidak perlu ambil kuasa baginda dan jangan pula kita perkecilkan kuasa tersebut, itu perlu difahami terlebih dahulu,” katanya.

alt

Beliau berkata demikian selepas menghadiri program makan tengah hari bersama pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tiram di Ulu Tiram pada Ahad.

Mengulas lanjut, Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, kempen pilihan raya perlu dilaksanakan secara berhemah dan matang tanpa mencetuskan ketegangan yang boleh mengganggu kestabilan kerajaan Persekutuan.

Katanya, walaupun perbezaan pandangan dan kritikan adalah lumrah dalam politik, ia perlu dilakukan secara berfakta serta tidak melibatkan serangan peribadi yang boleh menjejaskan keharmonian antara parti dalam Kerajaan Perpaduan.

“Kecaman itu biasa dalam pilihan raya, gurau manja dan usik-mengusik itu biasa. Tetapi jangan sampai berbentuk serangan peribadi.
“Mengenai dasar atau parti, itu tiada masalah. Namun kita kena berpada-pada kerana di peringkat Persekutuan kita masih lagi menguruskan negara secara bersama. Jangan sampai merosakkan negara,” katanya.

alt

Beliau turut menegaskan bahawa kestabilan politik negara perlu dipelihara kerana ia memberi kesan langsung kepada keyakinan pelabur serta sektor pelancongan.

Artikel lain: Kemenangan besar BN di Johor bukti rakyat mahu Najib diampunkan – Nazifuddin

Katanya, Malaysia mencatatkan kira-kira 42 juta pelancong tahun lalu, antara yang tertinggi di rantau ASEAN, sekali gus membuktikan bahawa kestabilan politik memainkan peranan penting dalam menarik kehadiran pelawat asing.

“Orang datang kerana melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan stabil. Jangan disebabkan pilihan raya, kita akhirnya merugikan diri sendiri,”ujar beliau.

: Sinar Harian

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts