Ini Jumlah Kepala Peledak Nuklear Yang Dilaporkan Wujud Di 9 Negara Setakat Ini

by Oh! Semput


3
SHARES
38
VIEWS
Posted on 27 Nov 2026 04:00:17

Sebanyak AS$474 bilion telah dibelanjakan untuk persenjataan nuklear di seluruh dunia sepanjang tempoh lima tahun dari 2021 hingga 2025, menurut data Kempen Antarabangsa untuk Menghapuskan Senjata Nuklear (ICAN).

Amerika Syarikat (AS) mendahului perbelanjaan tersebut dengan AS$265 bilion, diikuti oleh China (AS$59 bilion), United Kingdom (AS$46 bilion), Rusia (AS$43 bilion) dan Perancis (AS$33 bilion).

Negara lain turut mencatat perbelanjaan iaitu India (AS12bilion),Pakistan(AS6 bilion), Israel (AS6bilion)danKoreaUtara(AS4 bilion).

Sementara itu, inventori senjata nuklear global pada 2026 mencatatkan jumlah keseluruhan sebanyak 9,745 kepala peledak, merangkumi kepala peledak yang dikerahkan dan disimpan di bawah blok NATO serta bukan NATO, menurut data Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa Stockholm (SIPRI).

Ini Jumlah Kepala Peledak Nuklear Yang Dilaporkan Wujud Di 9 Negara Setakat Ini

Rusia memiliki inventori terbesar dengan 4,400 kepala peledak (meningkat 2% berbanding 2025), diikuti AS dengan 3,700 kepala peledak (tidak berubah).

China pula di kedudukan ketiga dengan 620 kepala peledak (+3%), manakala Perancis memiliki 290 (tidak berubah).

Negara lain dalam senarai termasuk United Kingdom dengan 225 kepala peledak (tidak berubah), India (190, +6%), Pakistan (170, tidak berubah), Israel (90, tidak berubah) serta Korea Utara (60, +20%).

Sementara, peningkatan paling ketara inventori ini antara 2025 hingga 2026 teah dicatatkan oleh Korea Utara yang menyaksikan peningkatan kepala peledak nuklear sebanyak 20%.

Infografik ini menonjolkan jurang besar antara perbelanjaan dan simpanan senjata nuklear global.

Walaupun AS membelanjakan paling banyak untuk persenjataan nuklear dari 2021 hingga 2025, Rusia kekal dengan inventori kepala peledak terbesar pada 2026.

{suggest}

Ini Jumlah Kepala Peledak Nuklear Yang Dilaporkan Wujud Di 9 Negara Setakat Ini WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts