by Oh! Semput
Kadar tambang bagi perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dijangka diumumkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia menjelang akhir Oktober 2026, menurut Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL).
Dalam kenyataan hari ini, MRL memaklumkan bahawa proses penilaian dan kelulusan kadar tambang ECRL kini berada di peringkat akhir. Perkara itu akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dalam masa terdekat sebelum pengumuman rasmi dibuat.
MRL turut menjelaskan bahawa kadar tambang ECRL yang tular di media sosial baru-baru ini tidak tepat dan bersifat spekulasi semata-mata untuk mengelirukan kadar tambang rasmi yang bakal diumumkan kelak.
Oleh itu, orang ramai diminta menunggu pengumuman rasmi daripada Kementerian Pengangkutan Malaysia, MRL atau ECRL.
Menurut MRL, kadar tambang yang ditetapkan kelak akan mengambil kira kepentingan rakyat serta memberikan nilai terbaik kepada pengguna.

Dalam perkembangan berkaitan, MRL turut menyatakan keyakinan bahawa operasi komersial ECRL dapat dimulakan lebih awal, iaitu pada pertengahan Disember 2026, bersempena cuti sekolah akhir tahun.
{suggest}
Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober – Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember WISER.MY.