SKMM Kaji Kaedah Pengesahan Umur Lebih Ketat Bagi Mengekang Pengguna Bawah 16 Tahun Di Media Sosial

by Oh! Semput


3
SHARES
40
VIEWS
Posted on 27 Nov 2026 07:00:43

Dengan media sosial semakin sebati dalam kehidupan harian remaja, penguatkuasaan had umur minimum terus menjadi cabaran kepada penyedia platform media sosial. Walaupun syarat umur sudah lama ditetapkan, sekatan tersebut masih bergantung kepada maklumat yang diberikan oleh pengguna sendiri.

Keadaan itu membuka ruang kepada pengguna bawah umur untuk melepasi had yang ditetapkan sama ada dengan mengubah tarikh lahir atau menggunakan identiti individu lain. Susulan itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang meneliti kaedah pengesahan umur yang lebih ketat menerusi beberapa peringkat semakan bagi mengekang penyalahgunaan yang masih berlaku pada platform media sosial.

Teo Nie Ching

Antara langkah yang sedang diteliti ialah penggunaan MyKad dan pasport bagi mengesahkan umur sebenar pengguna. Semakan itu turut boleh diperluaskan kepada akaun sedia ada yang disyaki menggunakan maklumat palsu atau identiti individu lain untuk melepasi syarat umur platform. Langkah ini sekali gus menyukarkan pengguna bawah umur daripada terus memintas sekatan usia yang ditetapkan.

Namun langkah memperketatkan semakan umur turut mencetuskan persoalan mengenai privasi pengguna. Kebimbangan utama adalah sama ada proses pengesahan yang lebih ketat akan memerlukan lebih banyak data peribadi dikumpulkan dan diproses. SKMM bagaimanapun menegaskan bahawa penyedia platform tidak boleh menggunakan mekanisme itu untuk mengumpulkan data melebihi keperluan.

Sejak Kod Perlindungan Kanak-Kanak (CPC) berkuat kuasa pada 1 Jun lalu, hanya individu berusia 16 tahun ke atas dibenarkan membuka akaun media sosial baharu. Bagi memastikan pematuhan terhadap syarat tersebut, SKMM telah mengeluarkan arahan kepada Meta, TikTok dan Google untuk memperketatkan proses pengesahan umur. Google pula telah mula melaksanakan syarat umur minimum 18 tahun untuk pengguna di Malaysia.

: NST

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts